Tolok pasang surut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tokok pasang surut

Tolok pasang surut ialah peranti untuk mengukur aras laut serta untuk mengesan tsunami.

Penderia merakam ketinggian aras air secara berterusan, berdasarkan permukaan rujukan ketinggian yang berhampiran dengan permukaan geoid. Air masuk ke dalam peranti melalui paip bawah (hujung jauh tiub di gambar), dengan penderia elektronik mengukur ketinggian lalu merakamnya ke dalam sebuah komputer kenit.

Data disediakan melalui melebihi 1,750 buah stesen di seluruh dunia. Di sesetengah tempat, rekod telah diperoleh sejak berabad-abad, misalnya di Amsterdam yang menyediakan data tersebut sejak 1700. Apabila menganggar gambaran keseluruhan lautan, data tolok pasang surut moden yang baharu seringnya dapat diperbaik dengan menggunakan juga data satelit.

Tolok pasang surut boleh digunakan untuk mengukur pasang surut serta juga untuk menentukan saiz tsunami. Ukuran-ukuran yang dibuat memungkinkan min aras laut ditentukan. Dengan menggunakan kaedah ini, kecerunan aras laut sehingga banyak 0.1 m/1000 km telah dikesan. Tsunami juga boleh dikesan apabila aras laut mula timbul. Walau bagaimanapun, amaran daripada kegiatan seismos tetap lebih berguna.