Triskelion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Triskelion berperisai pada bendera Isle of Man

Triskelion (or triskele, dari perkataan bahasa Greek τρισκελης "tiga kaki") adalah simbol mengandungi 3 kaki bengkok, atau, lebih umum lagi, tika spiral terikat, atau sebarang simbol seumpamanya dengan tiga unjuran yang dipamerkan secara simetri dari kumpulan berbentuk bulat C3.

Triskelion merupakan simbol Bretagne, di Sicily dan Isle of Man; Triskelions Sicilian dan Manx mempunyai ciri tiga kaki berlari, bengkok pada lutut, tercantum ditengah. Kaitan triskele berkaki kepada variasi lain tidak jelas. Triskele spirila seringkali dikelaskan sebagai simbol suria, sementara versi berkaki, kadang-kala mempunyai topeng gorgon atau kepala mitos Medusa pada pusat jejari dalam versi Sicilian, mencadangkan kepentingan chthonic.

Asal[sunting | sunting sumber]

Simbol triskelion muncul dalam kebanyakan kebudayaan awal, termasuk kapal Mycenaean, pada shiling di Lycia, dan pada permulaan di Pamphylia (at Aspendos, 370–333 BC) dan Pisidia. Simbol empat kaki bercantum, tetraskelion, juga diketahui di Anatolia. Pengaruh Celtic di Anatolia, ditonjolkan oleh Gaul yang menjajah dan menetap di Galatia, seringkali dicatit oleh pelajar yang cenderung melihat asal Celtic bagi triskelion.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]