Tuisyen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris tuition yang bermaksud "pengajaran".

Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah dan tertinggal dalam pelajaran. Pelajar yang berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham-faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuition, yakni bimbingan tambahan.

Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah,peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah pelatihan (bahasa inggeris: coaching). Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, di mana pelajar berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen suapaya pelajar berkenaan dapat menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik.

Jenis-jenis Tuisyen[sunting | sunting sumber]

Tuisyen terdiri daripada pelbagai ragam dan bentuk.[1] Dari segi bilangan pelajar yang terlibat dalam suatu sesi tuisyen, tuisyen boleh dibahagi kepada 3 jenis.

  • Tuisyen Kelas
    Tuisyen Kelas merujuk kepada tuiysen yang dilaksanakan dalam bentuk "kelas", yakni secara beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi di pusat tuisyen
  • Tuisyen Kumpulan Kecil
    Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang. Bentuk tuisyen ini biasanya beroperasi di rumah.
  • Tuisyen Individu
    Bentuk tuisyen ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar.

Masalah Berhubung dengan Tuisyen[sunting | sunting sumber]

Dalam keadaan tertentu, tuisyen sememangnya dapat membantu pelajar, khususnya pelajar yang lemah. Tetapi, amalan tuisyen juga mendapat kritikan daripada pihak yang tertentu. Kritikan-kritikan ini adalah seperti berikut:

  • Tuisyen Mubazir
    Tuisyen mubazir merupakan satu masalah di mana pelajar yang cermelang, yang tidak perlu tuisyen juga diberi tuisyen. Perkara ini telah menyebabkan pembaziran wang ibu bapa dan juga pembaziran masa pelajar.
  • Bisnes Tuisyen Melemahkan Sistem Pelajaran Formal
    Bisnes tuisyen dikatakan bisa melemahkan sistem pelajaran formal kerana ia melibatkan ramai guru sekolah. Menurut spekulasi ini, guru sekolah akan mengabaikan pengajarannya di sekolah apabila mereka memberikan penumpuan lebih untuk bisnes tuisyen yang lebih "beruntung".
  • Tuisyen Rosak Akhlak
    Salah satu pandangan yang agak sinis mengenai tuisyen adalah bahawa tuisyen itu bisa merosakkan akhlak pelajar. Perkara ini timbul apabila dikatakan pusat tuisyen mendedahkan pelbagai cara licik kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Pendedahan ini dikatakan akan mempengaruhi pelajar menjadi seorang yang bersikap licik, opputunis, dan gemar berspekulatif.
  • Pergaulan Remaja di Pusat Tuisyen
    Kehadiran ke pusat tuisyen sebenarnya satu peluang untuk remaja untuk bergaulan dengan rakan-rakan yang berasal daripada sekolah yang berlainan. Bagi sesetengah ibu bapa, pergaulan yang terlalu luas adalah berbahaya, kerana khuatir remaja ini terpengaruh oleh orang jahat; tetapi ada juga berasa ini satu perkara baik, kerana remaja boleh menimba pengalaman daripada pergaulan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mohd Yusri Azhar Abdullah. Tuisyen: Industri perniagaan zaman moden. Dewan Masyarakat. Ogos 1997