Tunjuk perasaan perubahan iklim September 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunjuk perasaan perubahan iklim September 2019
Sebahagian daripada tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim
Tarikh20–27 September 2019
Lokasi
Global
PuncaKebimbangan perubahan iklim
KaedahTunjuk perasaan
Tokoh dan pemimpin utama
Bilangan
antara 6 – 7.6 juta, secara global[1][2]
Jumlah kehadiran protes dari 20 hingga 27 September 2019, mengikut negara.
  1,000,000+
  100,000+
  10,000+
  1,000+
  100+
  Bantahan kecil, jumlah tidak jelas

Tunjuk perasaan perubahan iklim September 2019, juga dikenali sebagai Minggu Sejagat untuk Masa Depan (bahasa Inggeris: Global Week for Future), ialah siri mogok dan tunjuk perasaan antarabangsa untuk tindakan diambil bagi menangani perubahan iklim, yang berlaku dari 20 hingga 27 September. Tarikh utama mogok ialah 20 September, tiga hari sebelum Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2019, dan 27 September.[3] Tunjuk perasaan berlaku di 4,500 lokasi di 150 negara.[4][5] Acara ini ialah sebahagian daripada gerakan tunjuk perasaan pelajar untuk perubahan iklim, diilhamkan oleh aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg.[6][7] The Guardian melaporkan bahawa 6 juta orang mengambil bahagian dalam acara ini,[1] sementara 350.org—satu kumpulan yang menganjurkan tunjuk perasaan—mendakwa bahawa 7.6 juta orang telah memgambil bahagian.[2]

Bantahan 20 September berkemungkinan ialah tunjuk perasaan iklim terbesar dalam sejarah dunia.[8] Pihak penganjur telah melaporkan lebih 4 juta orang mengambil bahagian dalam mogok seluruh dunia,[8] termasuk 1.4 juta peserta di Jerman.[9] Anggaran 300,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam mogok Australia, dan 300,000 orang menyertai bantahan UK dan pembantah di New York—di mama Greta Thunberg menyampaikan ceramah—berjumlah 250,000. Seramai 2,000 saintis di 40 negara berikrar untuk menyokong mogok.[10]

Gelombang kedua bantahan berlaku pada 27 September,[11] yang dianggarkan terdapat 2 juta orang mengambil bahagian dalam 2,400 bantahan.[1][12] Dilaporkan terdapat angka satu juta pembantah di Itali, dan 170,000 orang di New Zealand. Do Montreal, di mana Greta Thunberg menyampaikan ceramah, lembaga sekolah-sekolah Montreal membatalkan kelas untuk 114,000 pelajarnya. Seramai ribuan orang, termasuk beberapa pemimpin parti persekutuan, yang menyertai perarakan di Montreal.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Taylor, Matthew; Watts, Jonathan; Bartlett, John (27 September 2019). "Climate crisis: 6 million people join latest wave of global protests". The Guardian. Dicapai pada 28 September 2019.
  2. ^ a b "Global climate strike gathers 7.6m people". Hürriyet Daily News. 29 September 2019. Dicapai pada 30 September 2019.
  3. ^ Feller, Madison (17 September 2019). "The World Is Burning, and Teens Are Fighting: What to Know About the Global Climate Strike". Elle (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 19 September 2019.
  4. ^ Milman, Oliver (20 September 2019). "US to stage its largest ever climate strike: 'Somebody must sound the alarm'". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  5. ^ Tollefson, Jeff (18 September 2019). "The hard truths of climate change — by the numbers". Nature. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  6. ^ "Inside The Youth-Led Plan To Pull Off The Biggest Climate Strike So Far" (dalam bahasa Inggeris). MTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 19 September 2019.
  7. ^ Weise, Elizabeth (19 September 2019). "'It's our future that's at stake': US students plan to skip school Friday to fight climate 'emergency'". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2019.
  8. ^ a b Barclay, Eliza; Resnick, Brian. "How big was the global climate strike? 4 million people, activists estimate". Vox. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.
  9. ^ "Rekordzahlen bei Klimademos: In Deutschland demonstrieren 1,4 Millionen Menschen". zdf.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 21 September 2019.
  10. ^ Conley, Julia (20 September 2019). ""Students Have Led and We Must Follow": Thousands of Scientists From 40 Nations Join Global Climate Strike". Buzz Flash. Dicapai pada 21 September 2019.
  11. ^ Taylor, Matthew; Bartlett, John (27 September 2019). "Fresh wave of climate strikes takes place around the world". The Guardian. Dicapai pada 27 September 2019.
  12. ^ Giuffrida, Angela (27 September 2019). "Italian minister urges pupils to skip class for global climate strike". The Guardian. Dicapai pada 27 September 2019.
  13. ^ Murphy, Jessica (27 September 2019). "Hundreds of thousands join Canada climate strikes". BBC. Dicapai pada 28 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]