Tupoutoʻa ʻUlukalala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tupoutoʻa ʻUlukalala

Siaosi Manumataongo ʻAlaivahamamaʻo ʻAhoʻeitu Konstantin Tukuʻaho[1] (lahir 17 September 1985) ialah Putera Mahkota Tonga. Putera Mahkota Tupoutoʻa ʻUlukalala merupakan yang pertama dalam susunan penggantian takhta pada Mac 2012 apabila ayahandanya Tupou VI menjadi Raja Tonga.[2]

Perkahwinan 2012[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2012, Putera Mahkota Tupoutoʻa ʻUlukalala mengahwini dua pupunya Sinaitakala Fakafanua, dalam satu upacara yang dihadiri 2,000 orang.[2][3] Beliau berusia 26 tahun ketika ini, manakala isterinya berusia 25 tahun.[3] Sinaitakala Fakafanua berada dalam kedudukan ke-26 dalam susunan penggantian takhta Tonga.[3]

Perkahwinan ini menandakan perkahwinan pertama Putera Mahkota Tonga sejak 65 tahun lalu.[3] Upacara ini diadakan di Centennial Church Gereja Bebas Tonga di Nuku'alofa. Terdapat lebih 2,000 hadirin, termasuk keluarga utama Samoa dan Fiji.[2][1] Upacara Maʻutohi, yang meraikan pengeluaran lesen perkahwinan, telah diadakan seminggu lebih awal.[2]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Tongan Queen Mother absent from wedding". Stuff.co.nz. 2012-07-12. Diperoleh pada 2012-07-17. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 "Tonga Crown Prince weds". Radio New Zealand International. 2012-07-12. Diperoleh pada 2012-07-17. 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 "Tongan crown prince marries second cousin". The Daily Telegraph. 2012-07-12. Diperoleh pada 2012-07-13.