UNIVAC 1108

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Univac 1108

UNIVAC 1108 merupakan ahli kedua bagi komputer siri UNIVAC 1100/2200 Sperry Rand, yang diperkenalkan pada 1964. Litar bersepadu menggantikan ingatan filem nipis yang digunakan oleh UNIVAC 1107 bagi menyimpan storan register. Ingatan teras yang lebih kecil dan pantas digunakan bagi ingatan utama.

Tambahan kepada komponen lebih pantas, dua peningkatan utama turut dimasukkan: register asas dan arahan hardware tambahan. Dua register asas 18-bit (satu bagi simpanan arahan dan satu bagi simpanan data) membenarkan pemindahan dinamik: ketika perisian ditukar masuk keluar dari ingatan utama, arahan dan datanya boleh diletakkan di mana-mana setiap kali dimuatkan. Tambahan arahan hardware tambahan termasuk aritmetik ketepatan berganda (double precision), beban kata berganda, penyimpanan, dan perbandingan arahan. Pemprosesan mampu memiliki sehingga 16 saluran input/output bagi alatan tambahan (peripherals).

Ketika sistem UNIVAC 1108 pertama dihantar pada 1965, Sperry Rand meannounced the UNIVAC 1108 II (juga dikenali sebagai UNIVAC 1108A) yang mempunyai sokongan bagi banyak pemprosesor: sehingga tiga CPU, empat bank ingatan mencecah 262,144 perkataan, dan dua pengawal input/output (IOCs) yang boleh diprogram bebas. Dengan kesemuanya sibuk, lima aktiviti boleh berlaku serentak: tiga program dilaksanakan dalam the CPU dan dua proses input/output dalam IOC. Satu atau lebih arahan dimasukkan: test-and-set, bagi memberikan penyelarasan antara CPU.

Sungguhpun kajian dalaman 1964 menunjukkan hanya sekitar 43 mampu dijual, secara keseluruhannya, 296 pemprosesor telah dihasilkan.

Apabila Sperry Rand menggantikan ingatan teras dengan ingatan semikonduktor, mesin yang sama dikeluarkan sebagai UNIVAC 1100/20. Dalam kebiasaan pernamaan baru ini, digit terakhir mewakili nombor CPU (dikenali sebagai CAU) dalam sistem.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]