Uffizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapangan sempit di antara kedua sayap baygunan Uffizi.

Galleria degli Uffizi (nama bahasa Itali bermaksud "Galeri Pejabat") adalah salah satu muzium seni tertua dan terkenal di dunia. Ia terletak di Firenze, Itali ( 43°46′6.38″N, 11°15′21.24″E); ia sendiri merupakan salah satu tempat pelancongan dan terkenal di Firenze kerana adanya karya-karya seni terunggul dunia Barat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan istana ini dibangun oleh Giorgio Vasari pada tahun 1650 untuk Cosimo I de' Medici sebagai pejabat hakim, yang memberikan nama bangunan ini menjadi "uffizi" ("pejabat"). Pembinaannya dikerjakan Vasari, dengan reka bentuk oleh Alfonso Parigi dan Bernardo Buontalenti. Bangunan ini selesai dibina pada tahun 1581. Lapan bahagian dalam berbentuk memanjang dan sempit, dan pandangan pengunjung terbuka menuju Sungai Arno tanpa terhalang oleh barisan tiang doria.[1]

Setelah keluarga Medici musnah, benda seni peninggalan mereka tetap berada di Firenze, dan oleh Anna Maria Luisa de' Medici, koleksi tersebut dikumpulkan untuk dibentuk sebagai muzium moden pertama. Pada abad ke-16, galeri ini dibuka untuk pengunjung atas permintaan ramai; pada tahun 1765 pula, galeri ini dibuka untuk umum. Koleksi karya simpanannya yang sangat banyak adakala menyebabkan beberapa karya seni dipindahkan ke muzium-muzium lain di kota sama.

Pada saat ini, Uffizi merupakan salah satu tarikan pelancongan yang paling masyhur di Firenze; bangunan ini boleh sesak sibuk dikunjungi pelancong sehingga waktu menunggu masuk bisa mencapai selama lima jam.

Koleksi dipamer[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sigfried Giedion, Space, Time and Architecture (1941) 1962 fig.17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bangunan-stub