UiTM Cawangan Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pahang
JenisAwam
Ditubuhkan pada1985 (1985)
CanselorSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Naib CanselorProfesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor
RektorProfesor Ts Dr Mohd Ilham Adenan
Lokasi,
Kampus
  • Jengka
  • Raub
  • Kuantan
Laman sesawangpahang.uitm.edu.my

UiTM Cawangan Pahang ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Pahang, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas tiga buah kampus UiTM di Pahang iaitu Jengka, Raub dan Kuantan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang nama asalnya Institut Teknologi MARA (ITM) pada awalnya terletak di Kuantan yang dikenali sebagai Kampus Kota Kuantan. Ini kerana projek penubuhan ITM di Bandar Jengka terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh faktor kewangan, kesulitan mendapatkan pensyarah sambilan, kekurangan kemudahan infrastuktur dan persekitaran kurang kondusif. Ia merupakan kampus sementara yang mula beroperasi pada bulan Januari 1985 di Teluk Sisek, Padang Lalang dan Bukit Sekilau dengan enam orang kakitangan akademik dan 15 orang kakitangan pentadbiran. Pada awalnya hanya terdapat tiga program pengajian dijalankan iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Bank dengan seramai 225 orang pelajar.  Namun demikian pada tahun 1986, sebanyak enam lagi program pengajian ditambah iaitu Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Sains, Diploma Pengurusan Ladang dan Pra-Kejuruteraan yang menjadikan jumlah pelajar seramai 1143. Pada ketika itu, terdapat 55 kakitangan akademik, 44 orang kakitangan pentadbiran dan 35 kakitangan pekerja harian di kampus cawangan ini.   Pada tahun 1993, setelah Kampus Jengka mula beroperasi hanya tinggal 12 orang kakitangan akademik dan 26 orang kakitangan pentadbiran bertugas di Kampus Kuantan.

Kampus Jengka dibina melalui dua fasa iaitu fasa pertama untuk memuatkan 2500 orang pelajar dan fasa kedua yang lengkap mempunyai kemudahan infrastruktur yang mampu menempatkan 4500 orang pelajar. Kawasan Kampus Jengka dibahagikan mengikut nisbah 60:40 iaitu 40% daripada kawasan tanah dijadikan kawasan untuk dibangunkan manakala 60% lagi dijadikan kawasan pertanian. Perancangan penubuhan Kampus Jengka pada dasarnya telah bermula pada tahun 1976 lagi. Ini berdasarkan salinan surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Jengka pada ketika itu iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob dan surat kelulusan kerajaan negeri mengagihkan kawasan seluas 1000 ekar tanah di kawasan Jengka. Manakala kerja-kerja pembinaan Kampus Jengka telah bermula pada tahun 1988 tetapi ianya tertangguh seketika ketika krisis ekonomi melanda. Namun demikian, pembinaannya dapat disiapkan juga pada tahun 1992.

Sebahagian pelajar Kampus Kuantan telah dipindahkan ke Kampus Jengka, manakala sebahagian lagi dipindahkan ke ITM Shah Alam. Pada bulan Mei 1993, setelah proses pemindahan pelajar selesai, Kampus Jengka telah memulakan operasi dengan seramai 225 pelajar, 15 kakitangan dan 6 orang pensyarah.

Kampus Jengka telah berkembang dengan baik dengan terdapat hampir 2006 pelajar daripada Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Kejuruteraan pada tahun 2020.  Bilangan pelajar pada tahun 2015 telah bertambah kepada hampir 3322 orang dengan pertambahan satu fakulti lagi iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Pada tahun 2015, bilangan pelajar telah bertambah kepada 6442 dengan pertambahan tiga fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Bilangan pelajar di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka terus bertambah kepada hampir 7208 pada tahun 2015 manakala hanya hampir 4709 orang pelajar mendaftar di Kampus Jengka pada tahun 2020.

Pada tahun 2013 terdapat seramai 363 orang yang terdiri daripada pelbagai gred perkhidmatan, 324 orang pada tahun 2015 manakala pada tahun 2020 bilangan pensyarah telah bertambah kepada 371 orang. Bilangan kakitangan sokongan di Kampus Jengka pada tahun 2020 adalah 304 orang.

Pada hujung tahun 2015, Kampus Raub telah mula beroperasi dan Kampus Kuantan telah berhenti beroperasi secara berperingkat. Sebelum semua kakitangan Kampus Kuantan berpindah ke Kampus Jengka dan Kampus Raub, terdapat beberapa program yang dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa. Program sepenuh masa adalah Asasi Undang-Undang (PI005) dan Asasi TESL (PI020). Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) juga dijalankan di Kampus Kuantan bagi Diploma Pentadbiran Awam (AM110). Manakala program Sarjana Muda Perakaunan (AC220), Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (AM225), Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) (ED231) dijalankan sebagai Program Pengajian Luar Kampus (PLK). Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA – BM701) dijalankan secara separuh masa. Terdapat seramai 22 orang pensyarah di Kampus Kuantan yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Undang-undang (7 orang), Akademi Pengajian Bahasa (11 orang), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (2 orang) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (2 orang). Bahagian pengurusan juga dibantu oleh 48 orang kakitangan sokongan.

Program Yang Ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam (6) buah fakulti yang bernaung di bawah UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka ini, iaitu:

1)   Fakulti Perakaunan

2)   Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

3)   Fakulti Sains Gunaan

  • Fakulti Sains
  • Fakulti Sains Gunaan (Industri Perkayuan)

4)   Fakulti Perladangan & Agroteknologi

5)   Fakulti Sains Sukan & Rekreasi

6)   Fakulti Kejuruteraan Awam

Selain daripada itu, terdapat dua (2) buah Pusat Pengajian di kampus ini iaitu Akademi Pengajian Bahasa dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Lagu Universiti[sunting | sunting sumber]

Bernaung di bawah UiTM, Kampus Jengka juga mengangkat lagu UiTM di Hatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM sebagai lagu rasmi dan menjadi kebanggan semua warga universiti.

UiTM di Hatiku[sunting | sunting sumber]

Komposer & Lirik: Osman Mohamed

Wujudmu di sini

Di tanah anak merdeka

Bagai obor ilmu

Memayungi putera-puteri nya

Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara

Pembentuk akhlak manusia

Agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari

Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki

Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju

Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa

Maju negara

Berkat usaha jaya MARA

Kami berikrar akan berjasa

Hingga kita berjaya

Demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati

Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti

Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara

Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

UiTM...USAHA, TAQWA, MULIA

Wawasan Setia Warga UiTM[sunting | sunting sumber]

Komposer: Sahar Sa’di Hashim

Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

Bersatu kita warga UiTM

Kita bangsa perkasa

Taat dan setiaku untuk negara

Penuh semangat waja

Kita...jangan mudah terlupa

pengorbanan, perjuangan anak bangsa

Kita...jangan mudah terleka

kemajuan,keamanan yang ada

Kita...berterima kasih

pada pemimpin-pemimpin negara

Kita… rasa penuh bersyukur

kerahmatan, kemuliaan dariNya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa

Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia

Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Kemudahan Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

NAMA KOLEJ SEJARAH PENUBUHAN KAPISITI BANGUNAN FASILITI
KOLEJ TUN TEJA Mula operasi pada April 1993

1.Asal penubuhan dikenali sebagai Kolej Siswi penempatan untuk pelajar siswi sehingga 1995 .

2.1996-Awal 2000 menjadi kolej Siswa dikenali sebagai Kolej Kediaman Siswa

3. April 2000 bertukar nama menjadi Kolej Kediaman Siswi dengan nama mengikut Blok (Blok A – Aisyah & Blok B – Habshah)

4. 2016 – sekarang Kolej Tun Teja


2 blok kediaman dengan kapisiti 504 orang bagi setiap blok.


Penempatan 4 orang sebilik


Jumlah muatan 1008

1.    Surau

2.    Bilik dobi

3.    Kedai koperasi

4.    Bilik bacaan

5.    Ruang tv

6.    Bilik air tambahan

7.    Tangki air alternative

8.    Rumah Staf Residen Kolej disetiap aras


Nota: semua kemudahan ini semasa kolej menempatkan pelajar, buat masa kini kedua-dua blok bangunan masih dalam proses transformasi)

KOLEJ DATO BAHAMAN Mula operasi pada April 1993

1.Asal penubuhan dikenali sebagai Kolej Siswa, penempatan untuk pelajar siswa sehingga 1995.

2.1996 – Awal 2000 menjadi kolej Siswi dikenali sebagai Kolej Kediaman Siswi dengan nama mengikut blok, Blok A – Aishah, B – Habshah & C – Siti Khadijah

3. April 2000 – sekarang bertukar nama kepada Kolej Dato Bahaman dan mula menenpatkan semua pelajar siswa.

3 blok kediaman dengan kapisiti 504 bagi setiap blok.


Penempatan 4 orang sebilik


Jumlah Muatan 1512

1.    Surau

2.    Bilik dobi

3.    Kedai koperasi

4.    Bilik bacaan

5.    Ruang tv

6.    Tangki air alternative

7.    Rumah Staf Residen Kolej disetiap aras


Nota: semua kemudahan ini semasa kolej menempatkan pelajar, buat masa kini kesemua  blok bangunan tidak digunakan.

KOLEJ MAT KILAU 1 Mula operasi pada Mei 2000

1.Asal peubuhan dikenali sebagai Kompleks Siswi, penempatan untuk pelajar siswi.

2. 2016 bertukar nama menjadi Kolej Tun Fatimah (pernah menjadi penempatan untuk pelajar siswa dan siswi semester satu untuk tempoh dua semester)

3. 2018 – sekarang bertukar nama ke Kolej Mat Kilau 1 dan sepenuhnya menjadi kediaman pelajar siswa peringkat pra diploma dan Diploma (September 2019 – satu blok dikhususkan kepada pelajar ijazah sarjana muda)

8 blok kediaman

-         3 blok untuk penempatan 2 orang sebilik – kapisiti setiap blok 252

-         5 blok untuk penempatan 4 orang sebilik – kapisiti setiap blok 250

Jumlah muatan 2010

1.    Surau

2.    Bilik dobi

3.    Kedai koperasi

4.    Tangki air alternative

5.    Rumah Staf Residen Kolej disetiap blok

6.     Out door gym

7.    Gelanggang permainan sukan

8.    Kafetaria

9.    Gerai makanan

10.  Kedai alat tulis

11.  Mesin air

12.  Bilik Gerakan JPK

13.  Bilik Mesra Pelajar

14.  Pakir motorsikal berbumbung

15.  Gazebo

16.  Bilik Mesyuarat

17.  Rumah Rehat VIP

18.  Pos Polis Bantuan


KOLEJ MAT KILAU 2 Mula operasi pada penghujung tahun 2011 dengan nama Kolej Mat Kilau.

Setiap blok dinamakan :

Blok 1 -Tualang

Blok 2 – Nyatoh

Blok 3 – Meranti


2018- sekarang diubah nama kepada Kolej Mat Kilau 2


Menempatkan pelajar siswa

Kapisiti

Blok Tualang – 194

Blok Nyatoh – 194

Blok Meranti – 126


Jumlah muatan 514

1.    Surau

2.    Bilik dobi

3.    Rumah Staf Residen Kolej disetiap blok

4.     Out door gym

5.    Gerai makanan

6.    Bilik Gerakan JPK

7.    Gazebo

8.    Bilik Mesyuarat

9.    Bilik Bacaan

10.  Ruang Terbuka

11.  Pejabat Kaunseling

12.  Bilik OKU

KOLEJ TOK GAJAH Mula operasi Jun 2016


Dua semester pertama penubuhan menempatkan pelajar secara campuran siswa dan siswi,


2018 sehingga sekarang sepenuhnya menjadi penempatan bagi pelajar siswi peringkat pengajian pra diploma, diploma dan ijazah sarjana muda


Terdiri dari 4 blok bangunan10 tingkat  bertaraf apartment.


Muatan asas setiap blok A, B, C & D – 1000 orang setiap blok


Jumlah muatan 4000

1.    Surau

2.    Bilik Dobi

3.    Rumah Staf Residen Kolej disetiap aras

4.     Medan Selera

5.     Bilik Gerakan JPK

6.     Gazebo

7.     Bilik Mesyuarat

8.     Bilik Bacaan

9.     Ruang Terbuka

10.   Pejabat konsesi

11.    Pos Polis Bantuan

12.    Gelanggang sukan

13.    Tempat pakir kenderaan SRK

14.    Tempat pakir pelawat

Alumni[sunting | sunting sumber]

Jasa dan peranan UiTM yang telah melahirkan lebih daripada 888,803 graduan sejak penubuhannya adalah amat besar. Hakikat itu tidak boleh dinafikan dari sudut sejarah, angka mahu pun kajian empirikal. UiTM telah berjaya menjadi sebuah institusi kebanggaan dan harapan bangsa. Ia juga berjaya muncul sebagai satu `breeding ground’ dalam melahirkan para profesional dan separa profesional Melayu dan Bumiputera. Alumninya kini berada di merata-rata tempat dalam menyumbang kepakaran masing-masing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Alumni merupakan penyokong kuat sesebuah universiti yang amat bernilai. Mereka sentiasa mengambil berat akan perihal universiti dan sering menyertai program-program yang dianjurkan bagi mengekalkan hubungan erat dengan universiti.

Kampus UiTM Cawangan Pahang sehingga Januari 2020 telah mempunyai 28,475 orang alumni dan di bawah UiTM Cawangan Pahang terdapat satu persatuan alumni yang telah ditubuhkan dan dianggotai seramai 127 orang. Persatuan Alumni UiTM Pahang yang dikenali dengan nama ringkas PAUP telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 14 Jun 2011. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAUP bagi tahun 2007 – 2020.

Presiden                                  : Abdul Halem Hj Mat Som

Timbalan Presiden                  : YBhg. Dato’ Amy Jarr Bin Amran

Naib Presiden                         : YBhg. Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz

Setiausaha                              : Norashikin Hj. Abd Hamid

Penolong Setiausaha              : Khatilah Abdullah

Bendahari                                : Mohd Rozlan Mohamed Ali

PENGANTARABANGSAAN[sunting | sunting sumber]

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia digalakkan untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti antarabangsa dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan dan menjadikan institusi tempatan menjadi terkemuka dan tersohor di peringkat dunia. Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pelan Strategik 2020 – 2025 yang telah dilancarkan pada 7 Februari 2020 mensasarkan untuk menjadi institusi pengajian tinggi terkemuka di dunia menjelang 2025.

Kerjasama antara UiTM dan pihak luar amatlah digalakkan dan ianya dimeterai dengan mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA).

Universiti Cawangan Pahang (Kampus Jengka dan Raub) juga telah mengadakan MOU dan menjalankan pelbagai kolaborasi dengan beberapa universiti antarabangsa seperti Princess of Naradhiwas University, Thailand, Kastamonu University, Turkey dan Universitas Hasanuddin, Indonesia.

Antara aktiviti kolaborasi yang dilaksanakan adalah seperti mobiliti staf dan pelajar menerusi program sangkutan dan program musim panas, memperluaskan kerjasama dalam program akademik, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan perundingan, melaksanakan projek berkaitan komuniti dan kesukarelawanan serta meningkatkan jumlah staf akademik antarabangsa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]