Umbria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Map Umbria

Umbria merupakan "kawasan" pegunungan di Itali tengah, di lembah sungai Tiber. Dia berbatasan dengan Toscana di barat, Marche di timur dan Latium di selatan. Kawasan ini memiliki keluasan 8,456 km² dan memiliki populasi 834,000 (sekitar 2003).

Kawasan ini dinamakan dari suku Umbri, yang tinggal di wilayah ini pada abad ke-6 SM. Bahasa mereka adalah bahasa Umbria, sekeluarga dengan Latin. Ibu kota kawasan ini adalah Perugia. Kawasan ini dibahagi menjadi dua wilayah, iaitu Wilayah Perugia dan Wilayah Terni.