Utilitarianisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Utilitarianisme merujuk kepada idea atau fahaman etika normatif yang menilai sesuatu tindakan berasaskan tujuan untuk memaksimumkan tahap kegunaan, yang ditakrifkan sebagai peningkatan kebahagian dan pengurangan penderitaan. Utilitarianisme klasik sebagaiman yang diperjuangkan Jeremy Bentham dan John Stuart Mill berasaskan hedonisme.[1] Kini utilitarianisme secara amnya ditakrif sebagai sejenis unsur konsequentialisme, walaupun ketika Anscombe mula menggunakan terma tersebut untuk membezakan antara "utilitarianisme lama" dan konsequentialisme.[2] Berdasarkan utilitarianisme nilai moral sesuatu tindakan hanya ditentukan melalui akibat atau kesan yang terhasil, walaupun terdapat pandangan berbeza tentang pertimbangan yang harus diutarakan pada kesan sebenar, kesan jangkaan dan kesan yang ditujukan. Dalam Cebisan sesebuah kerajaan (A Fragment on Government), Bentham berkata, "kebahagian untuk semua pada tahap tertinggi ialah ukur untuk menilai baik atau buruk"[3] dan menghuraikan tarikfan ini sebagai axiom.

Dengan prinsip kegunaan dimaksudkan prinsip yang menjadikan kegunaan sebagai tolok ukur pokok untuk menilai dan mengambil keputusan apakah suatu tindakan itu secara moral dapat dibenarkan atau tidak. Tindakan yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna. Suatu tindakan dinilai berguna kalau akibat tindakan tersebut, secara keseluruhan, dengan memperhitungkan semua phak yang terlibat dan tanpa membezakan, membawa akibat baik berupa kegembiraan atau kebahagiaaan yang semakin besar bagi semakin banyak orang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sinnott-Armstrong, Walter, "Consequentialism", Ensiklopedia Falsafah Stanford (Edisi 2012), Edward N. Zalta (ed.),
  2. Anscombe, G. E. M., ‘Modern Moral Philosophy’ dalam Philosophy, Vol. 33, No. 124. (Jan., 1958), ms. 12
  3. Bentham, Jeremy (1776). "A Fragment on Government". Diperoleh pada Januari 31, 2013.