V. Selvaraj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
V. Selvaraj
Maklumat peribadi
Nama penuh Selvaraj a/l Vengadasalam
Tarikh lahir (1969-02-12) 12 Februari 1969 (umur 55)1
Tempat lahir Singapura
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–2004 SAFFC
1994 Singapura FA
Pasukan kebangsaan
1995–2003 Singapura
Pasukan diurus
2013 Warriors
2017 Garena Young Lions
2021 Laos (Pembantu)
2021- Laos B-23
2021- Laos
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Selvaraj a/l Vengadasalam ialah bekas pemain bola sepak Singapura dan jurulatih semasa pasukan kebangsaan Laos. Beliau merupakan seorang pemain penyerang.

Selvaraj bermain untuk SAFFC di S.League, dan juga bermain untuk skuad kebangsaan Singapura. Beliau juga bermain untuk Singapore Lions pada 1994, musim terakhir pasukan Singapura menyertai Liga Malaysia dan Piala Malaysia, memenangi perlawnanan akhir Piala Malaysia tahun itu.[1]

Beliau memulakan kerjaya jurulatihnya di SAFFC selepas bersara dari bermain bola sepak pada 2004, perlahan-lahan menaiki dalam hieraki kejurulatihan sehingga beliau menjadi ketua jurulatih kelab, yang kini dinamakan semula sebagai Warriors FC pada permulaan musim 2013 S.League.[2] Beliau hanya bertahan setengah musim sebagai ketua jurulatih, mengundurkan diri pada awal Jun tahun itu kerana prestasi buruk kelab dalam liga dan penyingkiran dari semua kejohanan Piala.[3][4]

Dari tahun 2015 hingga 2016, Selvaraj melatih NFA U15, yang mengambil bahagian dalam Kejohanan AFF, Piala Lion City dan Qualifiers AFC.[5]

Beliau kembali ke S.League pada 2017, mengambil alih jawatan jurulatih Garena Young Lions. Pada Oktober 2018, Selvaraj menjadi jurulatih pasukan kebangsaan peringkat umur Laos dan juga membantu V. Sundramoorthy dalam menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Laos.[6] Pada Oktober 2021, Selvaraj mengambil alih jawatan ketua pasukan kanan dari Sundramoorthy manakala Sundramoorthy beralih ke jawatan pengarah teknikal pasukan..[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dan Guen Chin (14 Disember 1994). "Selvaraj a new shooting star" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times melalui Google News. Dicapai pada 12 Februari 2014.
  2. ^ Kenneth Tan & Khalis Rifhan (24 Januari 2013). "V. Selvaraj: We will show good football when season starts" (dalam bahasa Inggeris). Goal.com via Yahoo! Sports Singapore. Dicapai pada 12 Februari 2014.
  3. ^ Gary Koh (9 Jun 2013). "V. Selvaraj Resigns After A Loss Too Many" (dalam bahasa Inggeris). Footballopod.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2014. Dicapai pada 12 Februari 2014.
  4. ^ Gabriel Tan (9 Jun 2013). "Selvaraj steps down as Warriors boss" (dalam bahasa Inggeris). Fox Sports Asia. Dicapai pada 12 Februari 2014.
  5. ^ "Football: Selvaraj to replace Hesse as Young Lions coach". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 10 November 2016.
  6. ^ a b Aziz, Sazali Abdul (5 Disember 2021). "Suzuki Cup: Laos coach V. Selvaraj aiming to mark 'happy' homecoming with Vietnam upset". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Dicapai pada 6 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Profil di Goal.com (dalam bahasa Inggeris)
  • Temuramah di Tapak Rasmi Warriors FC (dalam bahasa Inggeris)