Vaksin pneumokokus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vaksin pneumokokus
Fail:N/a
Butiran vaksin
Penyakit sasaranStreptococcus pneumoniae
JenisVaksin konjugat
Data klinikal
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • In general: ℞ (Preskripsi sahaja)
Pengecam
ChemSpider

Vaksin pneumokokus merupakan vaksin yang melawan bakteria Streptococcus pneumoniae.[1] Penggunaan vaksin ini dapat mencegah beberapa kes pneumonia, meningitis, dan sepsis. Terdapat dua jenis vaksin pneumokokus: vaksin konjugat dan vaksin polisakarida. Ia diberikan sama ada melalui suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.[1]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan penggunaan vaskin konjugat dalam  imunisasi rutin yang diberikan kepada kanak-kanak. Ini termasuk mereka yang menghidap HIV/AIDS. Tiga atau empat dos disarankan, iaitu antara 71 hingga 93% keberkesanan mencegah penyakit teruk. Walaupun vaksin polisakarida berkesan dalam kalangan orang dewasa yang sihat, ia tidak berkesan dalam kalangan kanak-kanak yang berusia kurang daripada dua tahun dan mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah.[1]

Vaksin ini secara amnya adalah selamat. Dengan vaksin konjugat, kira-kira 10% bayi mengalami kemerahan pada tempat suntikan, demam atau perubahan tidur. Demam juga boleh berlaku. Alergi yang teruk amat jarang dilihat.[1]

Vaksin pneumokokus yang pertama dibangunkan dalam tahun 1980-an.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[2] Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 17 dolar Amerika sedos.[3] Di Amerika Syarikat, harganya ialah antara 25 hingga 100 dolar.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]