Veerapandiya Kattabomman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Veerapandiya Kattabomman
Pemerintahan 2 February 1790 – 16 October 1799
Nama penuh Veemaraja Jagaveera Pandiya Kattabomman
வீரபாண்டிய கட்டபொம்மன்
Lahir 3 January 1761
Tempat lahir Panchalankurichi,Tamil Nadu
Mangkat 16 October 1799
Tempat mangkat Kayathar,Tamil Nadu
Pengganti Zaman penjajahan British
Ayahanda Jagaveera Kattabomman
Bonda Arumugathammal

Veerapandiya Kattabomman (Bahasa Tamil: வீரபாண்டிய கட்டபொம்மன்); juga dikenali sebagai Kattabomman adalah raja Palayakarrar ('Polygar') dizaman 18-an dari kawasan Panchalankurichi di Tamil Nadu, India. Keturunan dia datang dari Andhra Pradesh ke Tamil Nadu sewaktu penjajahan Empayar Vijayanagara. Dia juga dikenali sebagai Kattabomma Naicker dan dia adalah orang pertama yang bertempur dengan penjajahan British. Dia ditangkap dan dihukum gantung pada 1799 CE. Selepas hukuman, semua harta-benda telah dirampas oleh pihak tentera British. Sekarang, kampung halaman dia yang dikenali Panchalankurichi telah ditukar nama sebagai daerah Thoothukudi di Tamil Nadu dan sebilangan keluarga polygars telah berpindah ke kampung Vedal di daerah Kanchipuram, India.

Pertempuran sewaktu jajahan British[sunting | sunting sumber]

Kattabomman enggan menerima permintaan British East India Company dalam hal penjajahan dan dia memilih untuk bertempur dengan mereka.[1] Pada 1799, dia ditangkap oleh Pihak British dan digantung di Kayattar, Daerah Tirunelveli, Tamil Nadu.[1] Adik kandung dia yang bernama Umaidurai (bermaksud Raja Bisu, adalah kerana dia pekak dan bisu), keluarga dan saudara-mara dia juga ditangkap dan dipenjara di Palayamkottai. Pada February 1801, Umaidurai telah lari keluar dari penjara dan memberi semangat pada rakyat untuk mewujudkan tentera sendiri dan kemudian dia berperang sehingga October 1801. Akhirnya Umaidurai dan sahabat dia ditumpas dan digantung selepas mereka bergabung dengan adik-beradik Chinna Marudhu (bermaksud Marudhu kecil) dan Periya Marudhu (Marudhu besar) dari kawasan Sivagangai dan bertempur dengan Pihak British.[1] Tugu Panjalankuricci "telah diruntuhkan dan kawasan tersebut telah diratakan untuk pertanian/pembenaian (castor seed).(cited in Dircks 1993,22)[1]

Hikayat Kattabomman[sunting | sunting sumber]

Beberapa tahun kemudian, lagenda dan hikayat Kattabomman dan adik-beradik Marudhu tersebar. Kayatharu, tempat Kattabomman digantung, masih dijadikan tempat peringatan politik India sehingga hari ini.

Didalam Tinnevelly Gazetteer pada tahun 1917, H. R. Pate meletakkan nota hikayat, di Kayatharu, di "semua saiz batu nila besar , yang memaparkan peringatan dan penyembahan yang diberi oleh setiap pengunjung Kayatharu sejak beberapa ratus tahun sehingga hari ini. Lagu tempatan yang mengingatkan keperwiraan dan semangat perjuangan Tokoh Poligars masih hidup dijiwa Tamil Nadu sehingga hari ini.."

Ayat tamil yang popular untuk penipu/penyeleweng adalah Ettapa atau penipuan Ettapan, berkenaan Ettayapuram Polygar, dimana mereka digelar Raja oleh pihak British pada zaman tersebut. Tetapi masih dibantah oleh sebilangan bahawa Ettapan telah menipu / menyeleweng kerana Kattabomman telah ditangkap oleh Raja Pudukottai. Tanah Campa Cola di Chennai adalah kepunyaan/bekas kepunyaan keluarga Ettappan. Sehingga hari ini, masih mengingatkan kesedihan/kepiluan masyarakat yang berpunca dari penipuan/penyelewengan Ettappan didalam tayangan gambar Tamil tahun 1959, Veerapandiya Kattabomman (film), dimana allayarham, Sivaji Ganesan, memainkan peranan penting sebagai wira kattabomman untuk diingati oleh semua. Tanggapan mungkin kerana Ma.Po.Si (Ma.Po.Sivanyanam) telah menulis dialog untuk filem tersebut menyebabkan kekeliruan dan kemarahan oleh beberapa Keturunan Ettappan.

Sanjungan dan Tugu Peringatan[sunting | sunting sumber]

Kattabomman memorial at Kayathar

Cerita Kattabomman telah disambut hebat didalam beberapa lagenda dan pantun epik Tamil. Pihak kerajaan hari ini telah menamakan Kattabomman sebagai orang pertama yang pernah menentang Pihak British untuk kemerdekaan negara.

  • Pada 1974, Kerajaan Tamil Nadu telah membina Tugu Peringatan yang baru. Dewan di Tugu Peringatan mempunyai lukisan-lukisan yang cantik yang dilukis pada dinding memaparkan sejarah yang menonjolkan/mengingatkan kisah silam pada zaman tersebut. Kawasan perkuburan Tentera British masih boleh dilihat berdekatan Tugu Kattabomman.
  • Beberapa serpihan daripada Tugu yang lama masih dikawal ketat oleh Pihak "Archaeological Survey" di India.
  • Di Kayathar, berdekatan Tirunelveli pada hari ini NH7, adalah kawasan dimana dia digantung, ada juga Tugu Peringatan Kattabomman yang lain dibina.[2]
  • Untuk mengingatkan sejarah berkaitan hari 16 October 1799 dimana wira Kattabomman digantung, pihak Kerajaan India telah mengeluarkan stem pos memaparkan wajah Kattabomman.[3]
  • Pusat Komunikasi Utama Tentera Laut India, di Vijayanarayanam, 40 km dari Tugu Peringatan, telah dinamakan INS Kattabomman.[4]
  • Sehingga 1997, pengangkutan bus daerah Tirunelveli dinamakan Kattabomman Transport Corporation.
  • Veerapandia Kattabomman Panpattu Kazhagam (Veerapandia Kattabomman Cultural association) adalah jabatan yang dinamakan untuk mengingatkan wira Kattabomman.
  • Pihak kerajaan daerah menyambut `Hari Veerapandia Kattabomman' di Panchalankurichi pada hari sejarah tersebut.[5]

Filem[sunting | sunting sumber]

Lagenda "Veerapandiya Kattabomman" yang paling berharga dan tidak boleh dinilai adalah pengambaran 1959 yang dilakonkan oleh allahyarham Sivaji Ganesan yang berlakon sebagai pelakon utama yang memaparkan watak kehidupan Veerapandiya Kattabomman. Filem ini disunting dibawah arahan direktor B.R. Panthulu dan Nadigar Thilagam (Raja Pelakon) Sivaji Ganesan, telah menerima sanjungan antarabangsa dan menerima beberapa hadiah lakonan antarabangsa kerana lakonan hebat allahayarham Sivaji dan yang paling diingati oleh semua penonton yang dilakonkan oleh sivaji dalam 45 tahun. Filem ini menerima komen yang positif dan dipilih sebagai gambar terbaik di Cairo International Film Festival dan Sivaji menerima anugerah pelakon terbaik daripada Col. Nasser (Presiden kedua Mesir, dan boleh dianggap salah seorang daripada pemerintah negara Arab terpenting dalam sejarah).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  • www.silambam.us galeri gambar, video dan sejarah kehidupan Veerapandia Kattabomman