Visual DataFlex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Visual DataFlex ialah bahasa pengaturcaraan Data Access yang mensasarkan penciptaan pangkalan data dan atur cara jenis pelayan-pelanggan. Ia bertujuan untuk membolehkan para pengaturcara mempercepatkan pembinaan penyelesaian atur cara korporat serta produk penggunaan komersil amat boleh harap yang memiliki antaramuka-antaramuka Microsoft Windows, laman web, dan perkhidmatan web. Pemasangan Visual DataFlex merangkumi alat reka bentuk tampak, kepustakaan kelas menyeluruh, pengkompil & penyahpijat, pangkalan data terbenam, kesalinghubungan Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) yang utama, serta Pelayan Penggunaan Web berskala.

Laman web[sunting | sunting sumber]

  • Visual DataFlex ialah alat bahagian depan yang dapat melakukan tugasnya dengan lancar sehingga tidak dikesani anda kerana boleh berantaramuka dengan kebanyakan jenis bahagian belakang, termasuk jadual-jadual DataFlex terbenam yang terangkum secara percuma, MS-SQL, IBM-DB2, Oracle, dan sebagainya. Untuk penjelasan yang lengkap serta Muat Turun Penilaian Studio 30-hari atau Edisi Peribadi yang percuma, sila lihat http://www.VisualDataFlex.Com

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Visual DataFlex mempunyai seni bina 3-lapis:

Lapis bawah
Jadual-jadual pada peringkat ini mewakili maklumat pelanggan. Kamus-kamus data untuk setiap jadual mentakrifkan peraturan-peraturan untuk menyimpan, menyunting, menghapuskan, dan mencari pelanggan.
Lapis tengah
Jadual-jadual pada peringkat ini mewakili tempahan-tempahan daripada para pelanggan. Sebuah Salasilah Objek Kesalinghubungan Kamus Data mentakrifkan bagaimana jadual-jadualnya berhubungkait antara satu sama lain, dan memastikan bahawa semua peraturan perniagaan jadual-jadual yang berkait dikuatkuasakan dan disahkan.
Lapis atas
Antara muka grafik (GUI) membenarkan pengguna memasuki, mencari, mencipta, mengubah suai, dan menghapuskan data.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]