Wikipedia:Wikidata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia:WDATA)

Wikidata ialah projek Wikimedia bagi memnuat sebuah pangkalan data yang terbuka dan kolaboratif. Setakat Februari 2013 , projek Wikidata beralih kepada pautan antara bahasa daripada recana-rencana kepada pangkalan data pusat bagi memudahkan penyelenggaraan.

Wikipedia bahasa Melayu sekarang dapat menggunakan pautan antara bahasa yang distor dalam Wikidata.The English Wikipedia can now use interlanguage links stored at Wikidata. Misalnya pautan antara bahasa yang terdapat pada rencana Rumah Api datang daripada d:Q93715.

Pada masa hadapan, Wikidata akan memuatkan data terkait seperti maklumat yang digunakan dalam kotak maklumat.

Pautan antara bahasa (Fasa 1)[sunting sumber]

Fasa 1 Wikidata: Pautan kepada semua bahasa dari titik pusat
Sebelum Wikidata: Pautan antara semua bahasa

Setiap halaman Wikipedia yang mempunyai entri dalam Wikidata menggunakan pautan bahasa yang distor di sana untuk memenuhi pautan antara bahasa yang dipaparkan pada lajur di sebelah kiri halaman. Pautan-pautan interwiki lama pada teks wiki laman masih berfungsi, dan membatalkan maklumat bagi bahasa itu (jika ada) yang terkandung dalam Wikidata.

Sekiranya sesuatu rencana itu ada pautan daripada Wikidata, ia akan emnampilkan kesemua pauatn yang tersenarai di sana, sebagai tambahan kepada ap jua pautan yang dimasukkan ke dalam teks wiki rencana. Dalam kes terdapatnya konflik pautan, ataupun perbezaan yang disengajakan, antara pautan lokal dengan pautan Wikidata, bagi sesuatu bahasa, pautan lokal akan dipaparkan; pautan Wikidata buat semua bahasa lain juga akan dipaparkan.

Sekiranya sesuatu rencana itu tidak dipautkan kepada Wikidata, ia akan menampilkan apa jua pautan yang terdapat pada rencana, seperti biasa. Dalam beberapa kes, mungkin terdapat item Wikidata yang serupa dengan rencana, akan tetapi rencana Wikipedia bahasa Melayu belum lagi dikaitkan dengannya. Ia akan diperbetulkan semasa penyelenggaraan rutin Wikidata.


Mengurus pautan antara bahasa dengan Wikidata[sunting sumber]

Templat:WT:Wikidata/Wikidatans

Rencana baharu[sunting sumber]

  • Q1. Saya baharu membuat rencana XEN. Saya tahu bahawa sudah terdapat sebuah rencana di Wikipedia bahasa Jerman|Perancis|Swahili tentang subjek yang sama berjudul XSW. Bagaimana harus saya membuat pautan Interwiki?
    Pergi ke XSW. Pada sebelah kiri, terdapt senarai pautan interwiki diikuti sebatang pena. Klik pena ini, dan ia akan membawa anda ke laman (item) Wikidata bagi XSW. Pergi ke bahagian bawah item itu, klik "tambah", penuhkan kod bahasa (ms bagi bahasa Melayu) dan nama rencana yang telah anda buat (XEN). Klik "simpan". Selesai.
    Jika pena tidak kelihatan, pergi ke Wikidata.
    Pada panel utama (dalam antara muka Vector, di sebelah kiri) cari "Item mengikut tajuk".
    Klik "Item mengikut tajuk".
    Pada laman yang dijana, isikan kod bahasa (contoh, de untuk bahasa Jerman) dan nama laman yang terdapat pada Wikipedia setara (XSW). Kemudian klik Cari.
    Jika item sudah wujud, pergi ke bahagian bawah item, klik "tambah", masukkan kod bahasa (ms bagi bahasa Melayu) dan nama rencana yang anda buat (XEN). Kemudian klik "simpan". Selesai.
    Jika item belum wujud, buat item tersebut dengan memetik "buat item", mengisi namanya (XEN) dan (lebih diutamakan) pemerian item. Kemudian tambah pautan antara bahasa buat item itu seperti yang diterangkan di atas.
    Jika anda merancang untuk sering menambah pautan antara bahasa, anda mungkin mahu menggunakan gajet "slurpInterwiki", yang terdapat pada gajet Wikidata anda. Sebaik sahaja gajet dihidupkan, dan anda pula berada di laman item tersebut, klik "Import interwiki" pada menu di sebelah kiri.
    Buat masa kini, penambahan pautan antara bahasa mengikut cara lama (menambah pautan pada laman-laman Wikipedia) masih bekerja, akan tetapi kemungkinan besar bilangan bot yang memeriksa pautan antara bahasa kurang, dan lebih masa yang diambil untuk menyebarkan pautan kepada rencana-rencana lain.

Rencana yang dipindahkan[sunting sumber]

  • Q2. Saya baharu sahaja memindahkan rencana tentang YEN ke NEY, dan semua pautan interwikinya lesap. Apa harus saya buat?
    Pergi ke Wikidata dan cari item bagi YEN seperti diterangkan pada Q1.
    Pada laman item, cari pautan interwiki bahasa Melayu, klik sunting, ganti YEN dengan NEY, kemudian simpan.
    Perhatikan bahawa ia mungkin menmbil masa beberapa minit sebelum penyesuain dibuat pada laman bahasa Melayu. Ini dapt dielakkan dengan menyingkir laman tersebut.

Pautan interwiki yang silap[sunting sumber]

Pautan bagi menyunting laman Wikidata (kelabu) pada "skin" Vector.
  • Q3. Saya baharu perasan bahawa rencana ZEN silap dipautkan kepada rencana XSW pada Wikipedia Jerman|Perancis|Swahili. Bagaimana dapat saya perbetulkan kesilapan ini?
    Pada bahagian pautan interwiki rencana ZEN, petik pena yang terdapat pada bahgian bawah pautan-pautan tersebut. Ini akan membawa anda ke item Wikidata bagi ZEN.
    Pada bahagian "Pautan ke laman ini" item di Wikidata, cari entri Swahili bagi XSW.
    Klik butang "sunting" yang terdapat bersebelahan entri dan petik "buang".
    Ulangi tindakan ini bagi setiap entri yang silap.
    Jika pena tidak ditampilkan pada laman Wikipedia bahasa Melayu, ini bermakna item itu belum ditambah pada Wikidata. Ambil tindakan seperti diterangkan pada Q1 di atas.

Lebih daripada satu famili interwiki[sunting sumber]

  • Q4. Saya baharu perasan bahawa rencana-rencana en:YEN, de:YDE dan fr:YFR dipautkan bersama, dan cs:YCS dan hu:YHU juga dipautkan bersama. Sebenarnya kelima-lima rencana ini berkaitan subjek yang sama. Bagiaman saya mencari dan menggabungkan entri-entri rencana tersebut di Wikidata?
    Anda dapat mencari entri-entri seperti ditunjukkan dalam Q1 di atas – dalam kes ini anda boleh mencuba d:Special:ItemByTitle/en/YEN dan d:Special:ItemByTitle/cs/YCS; jika ini tidak berjaya, cuba cari semua tajuk Wikipedia kerana dalam beberapa kes, berkemungkinan yang sesebuah item telah dibuat bagi satu tajuk tetapi bukan kepada rencana yang item itu dipautkan.
    Jika anda ketemu dua item, buang semua pautan daripada satu item (biasanya item yang memiliki nombor Q yang lebih tinggi, namun OK jika anda menggunakan yang lagi satu sekiranya bilangan pautannya lebih rendah), tambah pautan kepada yang lagi satu, dan pohon penghapusan item yang telah dikosongkan itu.
    Jika anda ketemu satu item, tambahkan pautan kepada rencana-rencana berkaitan.
    Jika anda tidak ketemu apa-apa item, buatkan item bagi kelima-lima rencana mengikut kaedah yang terkandung di Q1.

Mengalihkan pautan interwiki baharu[sunting sumber]

  • Q5. Dalam rencana yang memiliki entri Wikidata, dan pautannya pula telah telah dihapuskan bot, ada pengguna yang memasukkan pautan interwiki Swahili. Apa harus saya buat?
    Pastikan yang rencana Swahili itu wujud dan berkaitan tajuk yang sama;
    Sekiranya ya anda boleh menganggapnya sebagai permohonan bagi menambahkannya pada Wikidata, buat macam Q1.
    Sekiranya tidak, hapuskan pautan tersebut.

Konflik berterusan[sunting sumber]

  • Q6 Saya sedang mencuba melakukan semua ini akan tetapi saya menghadapi konflik daripada wiki-wiki lain.
    Pergi ke Perbincangan Wikipedia:Wikidata#Konflik interwiki dan utarakannya di situ. Isu ini akan ditangani secepat mungkin, atau dimajukan ke d:WD:IWC sekiranya ia memerlukan perhatian daripada Wikipedia lain.
    Jika anda perlukan apa-apa bantuan, sila berhubung dengan para pengguna yang tercatat dalam kotak di atas bahagian ini, atau pergi ke #wikimedia-wikidata connect.

Peralihan pautan antara bahasa[sunting sumber]

Pautan antara bahasa lokal yang terdapat pada laman-laman Wikipedia dapat dibuang dengan selamat sekiranya senarai lokal serupa dengan Wikidata. Sila maklum bahawa pembuangan pautan antara bahasa yang tidak diterangkan (misalnya, tiada ringkasan suntingan) boleh di salah anggap sebagai laku musnah. Untuk mengelakkan suntingan tersebut daripada diundur, tinggalkan ringkasan suntingan apabila membuang pautan-pautan lokal, dan jika boleh, pautkan kepada laman ini.

Pada amnya, tindakan terbaik ialah membuang pautan interwiki sebaik sahaja pautan tersebut terdapat pada Wikidata. (Anda dapat tahu yang sesuatu laman itu "dikaitkan" dengan Wikidata dengan kehadiran teks "Sunting pautan" di bahagian bawah senarai pautan). Keadaan ini disebabkan apa jua pautan antara bahasa yang terdapat pada laman tersebut akan mengatasi maklumat yang lebih kini yang disediakan Wikidata. Saiz laman juga mengecil apabila senarai interwiki yang panjang dihapuskan. Namun, anda tidak seharusnya membuang pautan sekiranya anda belum memastikan yang pautan-pautan telah disalin di Wikidata. Buat masa ini tugas ini sedang dilakukan sebuah bot, (Addbot), jadi anda tidak perlu melakukannya secara insani bagi kebanyakan laman.

Peralihan pautan secara automatik[sunting sumber]

Pengendali bot yang menggunakan kerangka pywiki harus menaik taraf perisian sekurang-kurangnya ke versi pyrev:11073. Pengendali bot yang menggunakan kerangka atau kaedah lain bagi menyunting pautan interwiki perlu menghentikan bot sehingga mengubah kod masing-masing agar tidak menukar pautan interwiki. Lihat en:Wikipedia:Bot owners' noticeboard#Wikidata.

Peralihan pautan secara semi-automatik[sunting sumber]

Di bawah dipaparkan kaedah-kaedah yang dapat diguna bagi mengubah pautan dengan cara automatik, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya kesilapan semasa pautan dialih:

  • Anda mungkin mahu menambah kod JavaScript berikut pada common.js anda. Kod ini akan membolehkan anda memetik butang "buang interwiki" ("Remove interwikis"), yang akan membuang semua pautan antara bahasa interwiki yang sudah disalinkan ke Wikidata semasa anda menyunting laman:
mw.loader.load('//www.wikidata.org/w/index.php?title=User:Yair_rand/checksitelinks.js&action=raw&ctype=text/javascript');
Untuk mengguna Checksitelinks (selepas dipasang), klik bagi menyunting rencana, kemudian pergi ke menu runtuh. (Dalam antara muka Monobook, tab akan kelihatan di nbahagian atas laman, pada sebelah kanan :nyahpantau").
Tawan skrin menunjukkan antara muka slurpInterwiki. Butang untuk memulakan proses ini, "Import interwiki", dapat dilihat pada bahagian bawah kiri skrin, bersama-sama beberapa butang yang dijana gajet.
  • slurpInterwiki ialah sebuah gajet Wikidata yang dapat digunakan bagi menarik pautan baharu daripada rencana secara semi-automatik. Lihat panel gajet Wikidata.

Peralihan pautan secara insani[sunting sumber]

Berikut ialah kaedah menyunting pautan antara bahasa:

  1. Pergi ke item Wikidata item. Terdapat dua cara insani bagi melakukan ini:
    • Petik pautan "suntinh pautan" berwarna kelabu yang terdpat pada bahagian bawah bar "Bahasa"
    • Pergi ke d:Special:ItemByTitle dan cari laman anda
  2. Bandingkan pautan dengan pautan rencana
  3. Sunting pautan Wikidata. Ini mudah: setiap pautan wiki antara bahasa wiki memiliki [sunting] bersebelahannya. Klik pautan ini yang akan memaparkan beberapa borang:
    • Pertama ialah kod bahasa
    • Kedua ialah pautan bahasa-bahasa
    • Pautan [Sunting] berubah dan menampilkan beberapa pilihan: simpan, buang, dan batal.
      • Gunakan "Simpan" apabila anda sudah habis menyunting maklumat pada item.
      • "Buang" akan menyingkir entri daripada pangkalan data.
      • "Batal" membatalkan interaksi dengan antara muka.
  4. Tambah apa-apa pautan yang ketinggalan ke dalam Wikidata jika tambahan itu bersesuaian. Ini dapat dibuat dengan memtik "tambah pautan" di bahagian bawah pautan antara bahasa. Borang yang hampir sama borang keluar biasa akan dipaparkan.
  5. Apabila semua pautan kelihatan sempurna, pralihat versi rencana yang tidak mengandungi pautan lagi dan bandingkan dengan versi semasa rencana. Belek dan pastikan sama ada terdapat apa-apa kelainan antara kedua-dua teks. Jika tida perbezaan, pautan-pautan tersebut dapat dibuang dengan selamat. Jika terdapat perbezaan, adalah lebih bagus jika anda tidak membuang pautan-pautan yang berbeza itu dan sebaliknya menyunting Wikidata dan membuang maklumat daripada pangkalan data.

Sekiranya anda ketemu konflik interwiki (seringnya apabila anda mendapat pesanan ralat yang memaklumkan anda bahawa pautan yang anda cuba tambah sudah digunakan pada item yang lain), anda boleh mengutarakan isu tersebut pada Perbincangan Wikipedia:Wikidata#Konflik interwiki (laman lokal) atau d:Wikidata:Interwiki conflicts; namun, sekiranya anda fikir anda mampu memikirkan cara lain bagi menangani masalah itu, anda dipersila melakukannya.

Sekiranya anda keliru tentang proses peralihan pautan daripada Wikipedia ke Wikidata, sila bertandang ke d:Wikidata:Project Chat ataupun minta bantuan melalui IRC di #wikimedia-wikidata connect.

Maklumat berkaitan[sunting sumber]

Penanda status rencana[sunting sumber]

Rencana Baik dan Rencana Terpilih pada Wikipedia-wikipedia lain ditanda dengan bintang bersebelahan pautan bahasa berkaitan. Bintang ini dijana oleh templat. Oleh sebab Wikidata tidak menyimpan maklumat ini, templat-templat tidak seharusnya dibuang. Pautan bahasa yang setara itu sendiri boleh dibuang.

Pautan antara bahasa yang mengandungi penambat (anchor)[sunting sumber]

Kadang kala sebuah pautan antara bahasa itu mengandungi penambat, iaitu sebuah pautan kepada sebuah bahagian (section) sesebuah rencana. Penambat ataupun anchor ini ditanda dengan aksara "#" (yakni seperti yang terdapat pada pautan [[fr:Analyse de survie#Fonction de survie]]). Pautan sedemikian digunakan apabila Wikipedia yang dipautkan itu tidak memiliki rencana yang persis sama alan tetapi memiliki rencana berkaitan sebahagian daripada subjek yang sama. Pautan bahasa Wikidata tidak mendokong penambat, jadi pautan bahasa yang mengandungi penambat perlu disimpan di Wikipedia jika perlu. Untuk melihat contoh, pergi ke the end of the wikitext dalam rencana Inggeris en:Survival function: Wikidata menyediakan kesemua pautan bahasa—via d:Q2915096—melainkan satu pautan kepada Wikipedia Perancis, yang disenaraikan secara lokal pada rencana itu sendiri kerana ia merupakan pautan bahagian atau section.

Penindasan pautan Wikidata[sunting sumber]

Sesuatu rencana dapt menindas pautan-pautan Wikidata dengan menggunakan kata sakti {{noexternallanglinks}}. Kata sakti ini juga mendokong penindasan bahasa-bahasa tertentu sahaja, jika ditulis dalam bentuk "{{noexternallanglinks:es|fr|it}}", yang hanya akan menindas pautan Sepanyol, Perancis dan Itali.

Skop pautan bahasa Wikidata[sunting sumber]

Komuniti Wikidata bersetuju dalam sebuah RFC bahawa semua ruang nama projek-projek Wikipedia selain daripada "Pengguna" layak untuk penstoran di Wikidata. Ini bermaksud pautan interwiki bagi kategori, templat, dan laman-laman polisi Wikipedia juga boleh distor di Wikidata dan dibuang daripada penstoran lokal sekiranya dilakukan kedua-dua komuniti (yakni, Wikidata dan lokal). Untuk melihat contoh item Wikidata yang merujuk kepada ruang nama Wikipedia, pergi ke item Q4167836, yang merujuk kepada en:Wikipedia:Categories.

Pautan antara bahasa sebaris[sunting sumber]

Pautan-pautan antara bahasa sebaris (dalam format [[:<bahasa>:<rencana>]]) masih kekal berfungsi seperti biasa dan tidak diubah oleh Wikidata. Misalnya, anda boleh pautkan laman ini dalam bahasa Jerman tanpa mengganggu pautan antara bahasanya, sama ada di sini ataupun di Wikidata (jangan lupa meletakkan tanda titik bertindih!).

Perubahan terkini[sunting sumber]

Perubahan-perubahan berkaitan rencana-rencana di Wikipedia ini akan ditampilkan pada Perubahan Terkini sekiranya pengguna menghidupkan pilihan ini. Lihat en:Special:Preferences#mw-prefsection-rc.

Kotak maklumat (Infobox) (Fasa 2)[sunting sumber]

Wikidata bertujuan untuk menyimpan maklumat dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya dapat diguna kembali dalam Wikipedia, khususnya maklumat yang terkanding dalam kotak maklumat. Pilihan untuk mengguna maklumat ini diserahkan sepenuhnya kepada komuniti Wikipedia—perubahan pada perisian wiki pada masa mendatang akan hanya menyediakan pilihan bagi mengambil maklumat daripada Wikidata jika dikehendaki. Misalnya, teks wiki mungkin memerlukan nombor atom sesebuah unsur kimia, ataupun bilangan penduduk sesebuah negara. Wikidata akan mendokong petikan bagi semua data. Fasa ini merupakan fasa yang besar; sementara beberapa bahagiannya sedang dilaksanakan di Wikidata, terdapat bahagian-bahagian lain yang sedang dibangunkan. Wikipedia Bahasa Melayu menerima fasa ini pada 25 April 2013.

Dibayangkan bahawa rencana-rencana dapat memuatkan fakta-fakta daripada laman Wikidata setara dengan menggunakan sintaks {{#property:}} yang diperikan di meta:Wikidata/Notes/Inclusion syntax. Transklusi sedemikian perlu dimasukkan ke dalam laman-laman rencana secara sebaris sama ada dengan penulisan ataupun melalui penggunaan templat, dan sama ada secara insani ataupun melalui bot. Transklusi tidak akan dikepilkan pada rencana secara automatik seperti yang dilakukan dengan pautan interwiki Fasa 1.

Untuk contoh penggunaan, lihat Yahoo! (kotak maklumat) dan Syahadah (templat Commons). Dijangkakan penggunaan maklumat seperti ini menguntungkan bagi data yang boleh berubah, misalnya ketua sesebuah negara atau syarikat, berbanding data yang tidak akan berubah, contohnya tempat lahir atau tahun pengasasan.

Lihat juga[sunting sumber]

Pautan luar[sunting sumber]