Bantuan:Ringkasan suntingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:

Ringkasan suntingan seharusnya dapat menjawab soalan, "Mengapa anda membuat suntingan ini?". Sentiasalah mengisi ruangan ringkasan setelah menyunting dan ia merupakan suatu amalan yang amat digalakkan dalam wikipedia. Malahan perbuatan ini dianggap wajib bagi sebarang perbuatan pemadaman.

Ruangan Ringkasan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada satu ruangan yang terletak di bahagian bawah laman suntingan yang digunakan untuk mengisi rumusan tetang suntingan yang anda lakukan terhadap rencana yang berkenaan.

Bulatan merah jambu menandakan ruangan ringkasan yang dimaksudkan

Rumusan penyuntingan yang anda lakukan itu dapat membantu pengguna lain untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk memeriksa perubahan yang telah dilakukan. Dengan demikian, mereka tidak perlu memeriksa kesemua perubahan untuk membersihkan segala anasir vandalisme. Dengan adanya kemudahan ini, pengguna wikipedia dapat memerangi gejala vandalisme dengan lebih efisen.

Ruangan ringkasan yang disediakan dalam sistem wiki ini diisi dengan maksimum 200 aksara. Sekiranya anda mengisi lebih daripada 200 aksara, maka aksara (mula daripada aksara yang ke 201) yang selebihnya akan diabaikan.

Cara untuk menulis ringkasan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara untuk menulis ringkasan anda. Tetapi pada dasarnya ringkasan anda haruslah "ringkas dan padat". Antara cara-cara menulis ringkasan adalah seperti berikut:

  • Menyalin kesemua tambahan yang anda lakukan ke dalam ruangan ringkasan.
  • Nyatakan sebarang pemadaman yang dilakukan dan berikan alasan.
  • Tulis "Pembetulan Ejaan" sekiranya anda hanya membetulkan ejaan di dalam rencana.
  • Tulis "Letak Imej" sekirannya anda hanya meletak imej ke dalam rencana.
  • Tulis "Susun Semula" sekiranya anda mengubah bentuk bahasa dalam rencana dengan tanpa menjejaskan unsur semantik (makna) yang terkandung dalam rencana.
  • Tulis "Beri Kategori" sekiranya anda mengkategorikan rencana berkenaan.
  • Tulis "Interwiki" sekiranya anda menambahkan interwiki kepada rencana tersebut.

Jika anda tidak dapat meringkaskan ringkasan anda, tulislah perkara terpenting, dan nyatakan bahawa anda menulis lebih lanjut di laman perbincangan.