Watak Ninja Dokutake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut adalah watak-watak yang berkhidmat dengan pasukan Ninja Dokutake dalam siri anime dan manga Nintama Rantarou. Ninja Dokutake dapat dicam dengan pakaian mereka berwarna merah serta memakai cermin mata berwarna merah.

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Happozai Hieta Happozai
Ketua kepada Pasukan Ninja Dokutake iaitu musuh Sekolah Nintama. Beliau mempunyai minat kepada benda yang tidak elok dan berminat juga untuk menjatuhkan sekolah Nintama. Kepalanya amat besar yang apabila beliau ketawa, beliau akan terbalik dengan kepalanya di bawah. Beliau sering mempunyai perancangan yang hebat tetapi kebanyakannya sering tidak berjaya. Suka makan mi udon tauhu yang murah.
Tuan Muda Kinokojiro Kinokojiro Utaketaga
Merupakan Tuan Muda kepada Istana Dokutake. Beliau amat teruk dalam tunggangan kuda, kerana akan terus jatuh, beliau menggunakan kuda patung Hari ambil berjalan membunyikan tapak kaki "pakara, pakara" dengan bunyi dengusan kuda yang dibuat-buat. Walau bagaimanapun, tak siapa yang berbuat demikian selainnya.
Cikgu Makaino Makaino Kouji
Cikgu Makaino merupakan pengajar kepada murid Ninja Dokutake atau Dokutama. Beliau gemarkan tempahan pos dan mempunyai banyak seluar yang pelik. Cikgu ini amat tenang dan jarang marah.
Tatsumaki Tatsumaki
Merupakan Ninja Dokutake yang paling menyerlah. Beliau merupakan ninja tertinggi dan Kapten Angkatan Laut Dokutake. Dia ingin menubuhkan angkatan tentera laut tetapi sering diganggu dengan pelbagai masalah. Maka, jalan mudah adalah melalui lanun-lanun. Dia juga rapat dengan Tuan Muda Istana Dokutake. Satu-satunya kelemahan beliau adalah anaknya.
Fuuki Fuuki
Salah seorang Ninja Dokutake dan salah seorang ketua kumpulan. Beliau merupakan bapa kepada Fubuki. Dia sering diberikan tugas tetapi selalu gagal.

Dokutama[sunting | sunting sumber]

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Shibuki Shibuki
Sebagai ketua palajar Dokutama, adakala dia mempunyai perasaan dengki dan menjadi orang yang pertama dalam melawan pelajar Tahun Satu Kelas Ha di Sekolah Nintama. Walau bagaimanapun, dia mempunyai masalah yang sering mengganggu fikirannya iaitu status dia sebagai anak kepada Ninja dan Kapten Angkatan Laut Dokutake yang terhebat iaitu Tatsumaki. Dia akan berjumpa dengan Rantarou jika masalah itu merundung dirinya.Pandai menyamar.
Ibuki Ibuki
Merupakan kawan yang baik. Dia mempunyai perwatakan yang tenang dan otak cair.
Fubuki Fubuki
Juga pelajar ninja Dokutama. Dia mempunyai masalah yang sama dengan Shibuki iaitu berkenaan dengan bapanya, Fuuki. Tetapi, berbeza dengan Tatsumaki, Fuuki adalah ninja yang sangat teruk.
Yamabuki Yamabuki
Satu-satunya pelajar perempuan Dokutama yang sangat berwaspada dan berjaga-jaga. Walaupun kecil, dia mempunyai kekuatan fizikal yang kuat dan sering berlawan dengan pelajar Kunoichi dari Sekolah Nintama iaitu Yuuki, Tomomi dan Shige.Kuat makan sama seperti Shinbei

Lihat juga[sunting | sunting sumber]