Watak Utama (Detektif Conan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shinichi Kudo / Conan Edogawa[sunting | sunting sumber]

Shinichi Kudo
Conan Edogawa


Nama Jepun : (工藤 新一 Kudō Shin'ichi)
Nama Inggeris : Jimmy Kudo
Suara Latar : Kappei Yamaguchi (Shinichi) dan Minami Takayama (Conan)
Penampilan pertama : Anime - Episod 1 , Manga - Volume 1 ~ File 1
Beliau merupakan seorang detektif berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (江戸川 コナン Edogawa Konan). Tinggal di No. 22, Jalan Chiyo, Beika. Pada awal kisah ini, Shinichi merupakan detektif sekolah tinggi yang terkenal. Dia selalu menolong polis di Bandar Tokyo untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang misteri. Beliau dikenali sebagai Detektif dari Timur. Akibat terminum racun APTX 4869, badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah. Sekarang ini, beliau sedang tinggal bersama Kogoro dan Ran di rumahnya. Beliau sering membantu Kogoro secara senyap dengan tidurkannya menggunakan jam tangan mempunyai bius apabila Kogoro tersalah faham terhadap pelbagai kes-kes yang rumit.

Ran Mouri[sunting | sunting sumber]

Ran Mouri


Nama Jepun : (毛利 蘭 Mouri Ran)
Nama Inggeris : Rachel Moore
Suara Latar : Wakana Yamazaki
Ran merupakan sahabat baik Shinichi sejak kecil. Ran dan Shinichi tidak pernah berani mendedahkan perasaannya. Ran adalah anak seorang detektif, Kogoro Mouri, dan isterinya seorang peguam handal, Eri Kisaki. Sekarang Ran tinggal bersama ayahnya, Kogoro Mouri. Salah satu sahabat Ran iaitu Sonoko Suzuki yang merupakan anak pengarah syarikat Suzuki. Ran ahli dalam karate, namun Ran takut terhadap hantu dan haiwan tertentu. Ran adalah ketua kelab karate di sekolahnya. Ran juga adalah seorang yang mudah menangis. Ran pernah hampir membongkar identiti asal Conan Edogawa. Beliau anggap Conan seperti adiknya. Ran sering melindungi Conan apabila diserang oleh penjenayah dan membelasah penjenayah dengan serangan karate yang dahsyat.

Kogoro Mouri[sunting | sunting sumber]

Kogoro Mouri
Nama Jepun: (毛利 小五郎 Mōri Kogorō)
Nama Inggeris : Richard Moore
Suara Latar : Akira Kamiya (Episod 1~548) dan Rikiya Koyama (Episod 553~Kini)
Kogoro ialah bapa Ran, detektif persendirian yang tidak mahir. Dia pernah mengahwini Kisaki Eri, peguam berjaya, dan kini tinggal berasingan kerana sering bertelingkah. Walaupun agak kurang bertanggungjawab, dia amat menjaga anak perempuannya. Dia berkemahiran dalam menembak, pakar seni mempertahankan diri Judo, kuat minum dan peminat setia penyanyi Yoko Okino.