Watan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mingguan Watan.gif

Mingguan Watan ialah sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia yang pernah diharamkan selepas Operasi Lalang pada tahun 1987. Akhbar ini mula diedarkan semula ke seluruh negara pada 16 Ogos 2008 selepas menerima permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri pada 1 Ogos 2008. AKhbar ini diterbitkan dalam bentuk tabloid.

Sebelum diharamkan pada tahun 1987, akhbar ini diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada setiap hari Rabu dan Sabtu sebagai Watan. Pada tahun 1988, iaitu setahun selepas diharamkan, lesen penerbitan diberikan semula kepada pengeluar akhbar ini. Akibat kekurangan jualan, penerbitannya terpaksa dihentikan pada tahun 1996.

Mingguan Watan (versi baru) diterbitkan oleh Naluri Teratai Sdn Bhd yang dimiliki oleh Wan Bahador Wan Ismail dan Rosli Abul Zarim. Wan Bahador merupakan salah seorang wartawan yang bekerja dengan akhbar Watan sebelum ini. Ketua Pengarang akhbar ialah Zabidi Said.

Rujukan[sunting | sunting sumber]