Wikipedia:Buku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laman ini tentang buku Wikipedia. Anda mungkin mencari WikiProjek Buku, WikiProjek Buku Wikipedia atau Wikibuku.

Gambaran

Buku Wikipedia merupakan koleksi rencana Wikipedia yang mudah disimpan, dihasilkan secara elektronik dalam format PDF, ZIM atau OpenDocument atau dipesan buku bercetak. Untuk maklumat dan bantuan mengenai buku Wikipedia secara am, sila lihat Bantuan:Buku (petua am) dan WikiProjek Buku Wikipedia (soalan dan bantuan).

Petua menghasilkan buku yang baik

Topik dan tajuk

Terdapat hampir tiada had untuk menghasilkan buku daripada kandungan di Wikipedia. Buku yang baik memfokuskan kepada suatu topik dan liputan yang sebaik mungkin. Tajuk yang bermakna membantu para pengguna yang lain untuk memperoleh jangkaan yang betul mengenai kandungan sesebuah buku.

Saiz

Buku perlulah mempunyai bilangan rencana yang munasabah. Sebuah rencana adalah tidak mencukupi serta buku dengan halaman lebih daripada 500 muka surat dalam format PDF adalah tidak sesuai dan mungkin boleh menimbulkan masalah kepada komputer jenis lama.

Pengenalan

Buku yang disimpan boleh diubahsuai termasuklah pengenalannya. Teks pengenalan boleh disimpan dalam sublaman buku. Lihat Bantuan untuk pakar untuk cara-cara memasukkan muka surat tambahan secara manual.

Beranilah

Jika buku anda mempunyai fokus yang jelas, tajuk yang bermakna dan mempunyai saiz yang bersesuaian, pertimbangkanlah menambah buku anda ke senarai buku komuniti. Anda boleh juga simpankannya secara terus ke Wikipedia:Buku/Tajuk atau memindahkannya daripada ruang pengguna anda.

Buku Wikipedia yang dicetak.

Mencari buku

Kini, terdapat 4 buah buku di Wikipedia.

Reload page.png Singkirkan cache