Wikipedia:Calon rencana pilihan/April 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jambatan Tamparuli merupakan mercu tanda serta sinonim dengan Tamparuli.
Jambatan Tamparuli merupakan mercu tanda serta sinonim dengan Tamparuli.

Tamparuli merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak di daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. ADUN bagi pekan ini adalah Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim. Jarak pekan Tamparuli ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 36 kilometer dan majoriti etnik kaum di Tamparuli adalah Kadazan-dusun (Kebanyakkannya adalah Suku Kaum Dusun Lotud). Pekan Tamparuli terkenal dengan lagunya jambatan tamparuli yang kini menjadi kesukaan masyarakat kaum kadazan dusun. Lagu tersebut dicipta oleh artis tempatan terkenal di Sabah iaitu Justin Lusah dan juga mendiang John Gaisah. Artis seperti Marsha Milan Londoh yang berasal dari Tamparuli juga turut mempopularkan lagu tersebut kepada masyarakat di Sabah mahupun seluruh dunia semasa beliau berada di pentas Akademi Fantasi Musim Ke-3. Pekan ini juga mengisahkan cerita rakyat sendiri dan juga sejarah asal-usul nama Tamparuli. Cerita rakyat ini turut dijadikan sebagai teater kebudayaan dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. Terdapat juga tarikan baru seperti Rumah Terbalik pertama di Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong untuk datang ke Rumah Terbalik. (Rencana penuh...)