Wikipedia:Hubungi kami/Derma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungi kami

Soalan-soalan berkaitan derma

Bagaimana boleh saya derma?[sunting sumber]

Kamu boleh derma talian melalui kad kredit atau PayPal dengan mudah. Kami juga menerima derma melalui surat, transaksi bank, Moneybookers, dan pendermaan stok. Lihat wmf:Ways to Give/en untuk maklumat lanjut.

Adakah pihak Wikipedia menerima dalam Ringgit Malaysia??[sunting sumber]

Ya, pemprosesan bayaran telah dimasukkan dengan menyokong lebih banyak matawang termasuklah Ringgit Malaysia. Cubalah derma!

Bagaimanakah derma saya akan digunakan?[sunting sumber]

Dana derma digunakan banyaknya untuk mengaji kos staf dan teknologi. Lihat juga ke mana perginya duit saya.

Kenapa tidak anda sahaja yang letakkan iklan di laman web untuk mendapat dana?[sunting sumber]

Kami komited dengan idea bahawa maklumat percuma terhasil bila-bila masa dan di mana jua tanpa sebarang kekangan dan pengaruh daripada pengiklan. Menerima derma membolehkan kami berdikari untuk mencapai misi kami itu.

Kamu boleh baca lanjut lagi mengenai nilai-nilai Yayasan Wikimedia di wmf:Values. Perbahasan lanjut menentang pengiklanan di sini. Ini pula jawapan Wikimedia kepada soalan Kenapa Wikimedia tidak menggunakan medium iklan untuk mendapat dana?.

Derma saya ditolak atau tidak diproses[sunting sumber]

Sila emelkan ke donate@wikimedia.org bersama maklumat jumlah, tarikh, dan masa anda cuba menderma, dan apa-apa notifikasi mesej yang anda terima. Sila jangan hantar maklumat kad kredit melalu emel.

Derma saya diproses berkali-kali[sunting sumber]

Sila emelkan ke donate@wikimedia.org bersama maklumat jumlah, tarikh, dan masa anda cuba menderma, dan apa-apa notifikasi mesej yang anda terima. Sila jangan hantar maklumat kad kredi melalu emel.

Bolehkah saya dapatkan resit derma saya?[sunting sumber]

Satu resit emel dihantar secara automatik untuk semua derma talian dan ini bertindak sebagai resit derma anda itu. Satu resit dihantar untuk derma melalui surat melebihi $50, jika alamat pengirim disertakan. Mengenai semua derma, sila emel giving@wikimedia.org termasuklah maklumat untuk dihubungi dan tarikh, kaedah, dan jumlah derma anda.

Adakah derma saya mendapat pengurangan cukai?[sunting sumber]

Ya, jika di Amerika Syarikat. Jika anda tinggal di Kanada, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Itali, Poland, atau Switzerland, sila lihat wmf:deductibility of donations untuk maklumat lanjut. Malaysia masih belum lagi.

Masih tidak jumpa apa yang anda cari?[sunting sumber]

Jika soalan anda tidak terjawab di atas, sila lihat wmf:FAQ/en; jika soalan anda juga tiada di sana emelkan ke donate@wikimedia.org. Sila sertakan maklumat lengkap secukupnya. Diingatkan bahawa alamat emel tersebut hanya mengendalikan pertanyaan berkaitan derma. Soalan-soalan lain tidak akan dilayan sama sekali. Sila guna Meja bantuan untuk masalah tersebut.