Wikipedia:Nasihat buat penyunting muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nasihat yang paling baik ialah jangan sekali-kali beri maklumat peribadi (nama, umur, lokasi, sekolah) di Wikipedia — ataupun di mana-mana sahaja di Internet — termasuklah kepada orang yang anda kenal atau anda fikir anda kenal dalam dunia nyata. Sesetengah tapak memiliki cara untuk membatas akses kepada maklumat peribadi anda; kebanyakan, termasuklah Wikipedia, tidak.

Wikipedia ialah "ensiklopedia yang dapat disunting oleh sesiapa sahaja." Tiada pengehadan umur bagi menyunting Wikipedia ataupun menjana rencana-rencana baharu — perkara yang paling penting ialah mutu penulisan anda dan perubahan yang anda lakukan terhadap penulisan orang lain. Berkemungkinan besar anda memerlukan nasihat asas, dan itulah yang kami harap dapat diberikan kepada anda di sini. Justeru teruskan bacaan anda dan jangan lupa yang semua perkataan berwarna biru itu ialah pautan kepada maklumat penting yang lain yang juga dapat membantu anda menjadi penyunting hebat.

Ibu bapa, penjaga, guru dan orang dewasa yang lain juga boleh mendapat manfaat dengan membaca laman ini dan juga [Inggeris] Wikipedia:Advice for parents. Juga terdapat bahagian tentang Wikipedia:Child protection. Anda boleh mendapat maklumat tambahan tentang privasi di laman privacy, confidentiality and discretion on Wikipedia.

Keselamatan anda[sunting sumber]

Kekalkan keadaan itu!


  1. Kata laluan: Jangan beri kata laluan anda kepada sesiapa pun, termasuklah sahabat baik anda.
  2. Berkongsi akaun: Jangan benarkan ahli keluarga atau rakan-rakan anda mengguna akaun anda. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, anda yang dipertanggungjawabkan.
  3. Log keluar setiap kali anda meninggalkan komputer, lebih lagi jika ia komputer awam.
  4. Akaun berganda: Jangan guna lebih daripada satu akaun.
  5. Apabila anda memiliki akaun, sentiasa log masuk dan guna akaun anda semasa menyunting.
  6. Berhati-hati tentang apa yang anda tulis. Jangan sekali-kali tampilkan alamat atau nombor telefon/telefon bimbit, dan jangan guna nama sebenar anda sebagai nama pengguna anda. Jangan paparkan gambar anda, rakan-rakan anda ataupun ahli keluarga anda di laman pengguna anda. Orang lain dapat mengumpul maklumat ini untuk mengenal pasti siapa anda, khusunya jika anda mengguna maklumat yang sama pada tapak-tapak web lain.
  7. Jangan tulis rencana tentang diri anda. Jika anda seorang yang benar-benar terkenal, berkemungkinan besar orang lain akan menulis sebuah rencana tentang anda.
  8. Sekiranya anda telah tersilap menulis maklumat peribadi anda, dapatkan bantuan seorang penyelia (lihat bawah) untuk menghapuskannya. Anda juga boleh mendapat bantuan [Inggeris] semakan semula. Namun, jikapun anda tidak memintanya, seorang penyelia ataupun penyunting lain akan memhapuskannya jika diketahui anda masih muda. Diharapkan anda tidak berasa tersinggung sekiranya ini berlaku. Ia dilakukan demi kebaikan anda.


Lihat juga[sunting sumber]