Wikipedia:Pedoman penterjemahan bahasa Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pedoman ini ditujukan kepada penyumbang Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) yang ingin menterjemahkan rencana daripada Wikipedia Bahasa Indonesia (WBI).

Terdapat banyak persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi perbendaharaan kata yang dapat mengelirukan penutur bahasa Melayu. Perbezaan ini termasuk perkataan-perkataan yang tidak biasa digunakan dalam bahasa Melayu, perkataan-perkataan yang jauh beza maksudnya serta perkataan-perkataan yang tidak dikenali (tidak terdapat dalam kamus bahasa Melayu). Selain itu juga, terdapat perbezaan dari segi tatabahasa, susunan ayat dan gaya bahasa.

Dengan sebab itu walaupun dibenarkan mengikut GFDL, amatlah tidak galakkan menyalin bulat-bulat rencana daripada WBI ke dalam WBM tanpa diubah suai atau diterjemahkan. Perbuatan tersebut dapat menimbulkan salah faham dan menjejaskan mutu rencana.

Walaupun ada perkataan yang wujud di dalam kedua-dua bahasa namun kurang lazim digunakan dalam bahasa Melayu, gunakan perkataan yang lebih lazim digunakan dalam bahasa Melayu.

Sumber-sumber berikut dapat digunakan oleh penyumbang yang mengalami kesukaran memahami masukan yang berasal daripada bahasa Indonesia:

  1. Kamus bahasa Melayu seperti Kamus Bahasa Melayu Nusantara dan Kamus Dewan Perdana. Kamus-kamus ini memasukkan banyak perkataan bahasa Indonesia dengan label Id serta maksudnya dalam bahasa Melayu.
  2. Rencana Wikipedia yang diterjemahkan daripada bahasa asing. Rencana WBI juga diterjemahkan daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Anda boleh menyemak rencana asalnya dalam bahasa sumber.
  3. Penutur bahasa Melayu di WBM. Beberapa penyumbang WBM berasal dari Indonesia dan sering menyunting di WBM. Anda boleh mendapatkan maklumat daripada mereka.

Semasa melakukan penyesuaian atau penterjemahan perkataan daripada bahasa Indonesia, penyumbang WBM disarankan mengikuti panduan berikut:

  1. Perkataan-perkataan yang dikenali dalam bahasa Melayu dengan maksud dan ejaan yang sama perlulah dikekalkan.
  2. Perkataan-perkataan yang dikenali dalam bahasa Melayu dengan maksud yang sama namun ejaannya berbeza perlulah ditukar ke ejaan bahasa Melayu yang lebih lazim.
  3. Perkataan-perkataan yang dikenali dalam bahasa Melayu namun kurang lazim digunakan dalam bahasa Melayu perlulah ditukar dengan sinonim yang lebih lazim digunakan dalam bahasa Melayu.
  4. Perkataan-perkataan yang dikenali dalam bahasa Melayu dengan maksud yang jarang digunakan dalam bahasa Melayu perlulah ditukar.
  5. Perkataan-perkataan yang dikenali dalam bahasa Melayu namun maksudnya berbeza dengan bahasa Indonesia perlulah ditukar.
  6. Perkataan-perkataan yang langsung tidak dikenali dalam bahasa Melayu mesti ditukar.
  7. Singkatan yang tidak lazim dalam bahasa Melayu perlulah dipanjangkan dan diterjemahkan jika perlu.
    Contoh: HAM -> hak asasi manusia, pemilu -> pilihan raya

Perbezaan[sunting sumber]

Ejaan[sunting sumber]

Bahasa Indonesia Bahasa Melayu
karena kerana
menerjemahkan menterjemahkan
Anda anda
beda beza
uang wang
resmi rasmi
arti erti
gubernur gabenor
kursi kerusi
rampok rompak
bahwa bahawa
bagian bahagian

Kata berimbuhan[sunting sumber]

Bahasa Indonesia Bahasa Melayu
gelar gelaran
kata perkataan
peran peranan

Perbendaharaan kata[sunting sumber]

Bahasa Indonesia Bahasa Melayu
digelar di diadakan di
perbatasan sempadan
olahraga sukan
bajak laut lanun
kota bandar
judul tajuk
wakil [jawatan] naib [jawatan]
daftar senarai
ia beliau
setelah selepas
maupun atau/dan
detik saat
[nombor] jiwa [nombor] orang
hukum undang-undang
bisa boleh/dapat
butuh perlu
harus mesti
gudang (tidak terhad kepada bangunan perniagaan) bangunan
makna maksud
Yang Mulia Duli Yang Maha Mulia
menewaskan (menyebabkan kematian) mengorbankan

Kata pinjaman[sunting sumber]

Bahasa Indonesia Bahasa Melayu
distrik daerah
oposisi pembangkang
legislatif perundangan
mobil kereta
referensi rujukan
manajemen pengurusan
administrasi pentadbiran
kantor pejabat

Tatabahasa[sunting sumber]

Bahasa Indonesia Bahasa Melayu
adalah [kata nama] ialah/merupakan [kata nama]
dalam [masa] pada [masa]
dari [sumber] daripada [sumber]
kedua [kata nama] kedua-dua [kata nama]
pertama kali kali pertama
banyak [orang] ramai [orang]

Lihat juga[sunting sumber]