Wikipedia:Permohonan pendapat/Penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Permohonan pendapat telah selesai. Terima kasih atas peran serta Anda!

Permohonan pendapat
Permohonan pendapat dari komuniti Wikipedia berbahasa Melayu

Naskhah rasmi
Naskhah rasmi UCoC di Meta (bahasa Melayu)

Laporan tahap pertama
Laporan dari perundingan tahap pertama UCoC (bahasa Melayu)

Soalan lazim
Soalan yang lazim ditanyakan tentang UCoC (bahasa Melayu)

Yayasan Wikimedia memohon pendapat komuniti Wikipedia bahasa Melayu dalam hal penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat (UCoC) di projek-projek Wikimedia. Laman ini akan diperbaharui dari waktu ke waktu, dan ahli komuniti dijemput untuk membahasnya. Tatakelakuan Sejagat (bahasa Inggeris: Universal Code of Conduct; disingkat UCoC) adalah sebuah dasar Yayasan Wikimedia (WMF) yang dirumuskan sebagai standar minima tingkah laku di projek Wikimedia. UCoC merupakan salah satu rekomendasi proses Movement Strategy, iaitu untuk "menjamin keselamatan dan inklusiviti" di gerakan Wikimedia (provide for safety and inclusion).

Tahapan pertama perundingan UCoC membahas mengenai perumusan isi dan berlangsung pada tahun 2020, melibatkan 16 komuniti dan 1,466 orang Wikimedian. Laporan akhir mengenai perundingan tahap pertama dapat dibaca di laman ini. Setelah perundingan berakhir, sebuah jawatankuasa yang terdiri atas kakitangan Yayasan Wikimedia dan sukarelawan projek Wikimedia merumuskan rancangan akhir UCoC, yang kemudian diajukan ke Lembaga Pemegang Amanah WMF untuk disahkan. Rancangan akhir UCoC dapat dibaca di laman ini.

Komuniti Wikipedia berbahasa Melayu, sebagai salah satu dari komuniti yang telah lama ada dan berpengaruh, memiliki peran yang penting dalam tahapan kedua perundingan UCoC. Pada tahap ini, perundingan akan berfokus tentang bagaimana caranya untuk menguatkuasakan UCoC secara efektif, efisien, dan sensitif terhadap nilai-nilai budaya lokal yang berlaku di komuniti Wikimedia. Singkatnya, kami ingin mengetahui: bagaimana cara terbaik untuk menguatkuasakan Tatakelakuan Sejagat?

Pertanyaan kunci:

  1. Bagaimana cara melaporkan gangguan di projek Wikimedia?
  2. Bagaimana cara menghadapi tuduhan yang tidak betul terhadap para penyumbang projek Wikimedia?
  3. Bagaimana cara menangani kes gangguan yang terjadi di luar proyjk Wikimedia, namun melibatkan para penyumbang/terkait secara langsung?
  4. Apa jalur terbaik untuk menyelesaikan kes gangguan keamanan yang melibatkan golongan yang mudah diserang, gangguan yang tingkatnya parah, atau ancaman kekerasan terhadap para penyumbang projek Wikimedia?
  5. Bagaimana cara melaporkan para penyumbang yang memiliki peralatan teknikal tambahan (penyelia, birokrat, etc) secara aman dan rahsia?
  6. Apakah projek Wikimedia dalam bahasa-bahasa Melayu memerlukan sebuah badan penyelesaian pertikaian dalam tingkat global (global dispute resolution body)?
  7. Bagaimana cara melindungi privasi dan keamanan para pelapor kes gangguan keamanan?
  8. Bagaimana cara menciptakan sebuah sistem pelaporan gangguan keamanan yang telus dan dapat dipertanggungjawabkan?

Anda dapat meninggalkan komen di bawah; sila mulai bahagian baru sesuai topik yang ingin Anda bahas. Perundingan akan dibuka di halaman ini sampai akhir bulan Februari 2021. Segala macam idea, gagasan, kritik, maupun maklum balas yang konstruktif amat kami alu-alukan.

Bila Anda memiliki pertanyaan atau ingin menyampaikan maklum balas yang dirasa lebih sesuai disampaikan pada ruang privat, sila hubungi Ramzy Muliawan, fasilitator proses perundingan UCoC untuk komuniti Indonesia dan Melayu dengan mengirimkan emel atau meninggalkan pesan di halaman perbincangan.

Halang pengguna awanama dari menyunting dan mencipta[sunting sumber]

Lama saya fikir apa cara yang sesuai untuk melaksanakan tatakelakuan ni. Saya baca sekilas semua yang dinyatakan dalam laman-laman tersebut. Kami dahulu pernah juga minta untuk mendapat kuasa menghalang mana-mana pengguna alamat IP atau awanama daripada menyumbang/mencipta dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Tetapi penguatkuasaan ini ditolak. Kami faham yang WBM ini komunitinya sangat kecil. Dan ada sahaja yang menolong dari pihak WMF untuk menyelia WBM ni. Tetapi setiap hari diserang oleh pengguna awanama dengan hanya beberapa orang sahaja penyelia aktif, agak menyukarkan kami. Jadi saranan saya, adakah dengan penguatkuasaan ini, kami terutamanya penyelia, mendapat kuasa untuk menghalang secara penuh penyunting awanama ni? Saya percaya dengan cara ini, menggalakkan lagi pembukaan akaun, yang sepatutnya segala tingkah laku mereka terkawal kerana mudah dikesan jika buat kesalahan. SNN95 Talk to me, beybeh! 02:41, 26 Januari 2021 (UTC)[balas]

Lupa tambah satu lagi, dengan cara menghalang mereka ini, kredibiliti rencana terjaga di wiki bahasa yang kecil komunitinya.SNN95 Talk to me, beybeh! 02:43, 26 Januari 2021 (UTC)[balas]
Cuma cara ini ada kelemahannya, oleh kerana WBM ni kecil, jika dihalang pengguna IP ni, bilangan penyumbang pon akan menurun. SNN95 Talk to me, beybeh! 02:49, 26 Januari 2021 (UTC)[balas]

@SNN95: terima kasih atas komen Anda. Pada dasarnya, penguatkuasaan UCoC akan terpulang pada masing-masing komuniti. Di projek yang lebih besar (seperti Inggeris dan Jerman) yang telah mempunyai dasar tingkah laku yang serupa UCoC, penguatkuasaan dilakukan oleh Arbitration Committee; untuk Melayu, paling mungkin dilakukan oleh para penyelia. Apabila para penyelia berpandangan bahawa salah satu cara terbaik untuk menjaga ketertiban di Wikipedia bahasa Melayu adalah dengan menyekat sumbangan pengguna alamat IP secara separuh-separuh ataupun secara menyeluruh, maka itu terpulang kepada keputusan komuniti. Saya fikir baru Wikipedia bahasa Portugis sahaja yang sudah menyekat sumbangan alamat IP, dan sampai saat ini belum ada kajian yang dapat membuktikan bahawa keputusan itu hasilnya positif ataupun negatif. Perlu ditegaskan bahawa WMF tidak akan menghalang-halangi sebarang dasar yang telah diambil oleh komuniti untuk menguatkuasakan UCoC, namun dapat memberikan bantuan kepada para penyelia secara teknikal ataupun non-teknikal. Salam, RamzyM (WMF) (bincang) 14:10, 26 Januari 2021 (UTC)[balas]

@RamzyM (WMF): Terima kasih atas balasan tu. Saya berharap pihak WMF terima keputusan kami nanti untuk mengahalang pengguna IP daripada menyunting komuniti wiki bahasa kecil ini. SNN95 Talk to me, beybeh! 15:30, 26 Januari 2021 (UTC)[balas]

Pertanyaan kunci[sunting sumber]

Salam semua. Saya menambahkan beberapa pertanyaan kunci yang harapnya dapat membantu Anda semua dalam memfikirkan satu mekanisme penguatkuasaan untuk UCoC. Apabila ada pertanyaan lain yang rasanya perlu ditambahkan, jangan segan untuk memberi komen di sini. Terima kasih! RamzyM (WMF) (bincang) 10:36, 29 Januari 2021 (UTC)[balas]

Pengesahan UCoC oleh Lembaga Pemegang Amanah WMF[sunting sumber]

Salam semua. Saya ingin mengabarkan bahawa pada hari Selasa, 2 Februari 2021, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wikimedia telah mengesahkan Tatakelakuan Sejaagt sebagai satu dasar yang berlaku dan mengikat bagi seluruh projek yang berada di bawah naungan Yayasan Wikimedia. Oleh kerana itu, Anda dijemput untuk terus memberikan pandangan tentang bagaimana sebaiknya cara menguatkuasakan UCoC, terutama untuk komuniti tempatan Wikimedia yang berbahasa Melayu. Salam, RamzyM (WMF) (bincang) 14:16, 2 Februari 2021 (UTC)[balas]