Yeremia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Yeremia (bahasa Ibrani: יִרְמְיָהוּ Yirməyāhū; bahasa Inggeris: Jeremiah) adalah seorang nabi dalam Alkitab Ibrani. Yeremia hidup di antara bahagian terakhir abad ketujuh dan bahagian pertama abad keenam Sebelum Masihi. Nama ini berasal dari bahasa Ibrani: Yirmeyahu yang bererti “Yahwe meningkatkan”.

Yeremia telah sekian lama bekerja sebagai nabi, dan selama waktu itu ia selalu memperingatkan umat Tuhan tentang bencana yang akan menimpa mereka kerana mereka berdosa dan menyembah berhala. Bencana itu menjadi kenyataan apabila pada masa Yeremia masih hidup: Nebuchadnezar raja Babel merebut dan menghancurkan Baitulmuqaddis serta Kuil Suci yang ada di situ; raja Yehuda bersama rakyatnya telah diarahkan diangkut ke Babel (untuk menjadi hamba abdi). Yeremia juga menyifatkan bahawa orang-orang itu akan kembali dari pembuangan (pelarian) dan keadaan bangsa Israel akan pulih kembali.

Tulisannya terdapat dalam Kitab Yeremia.

Dalam Islam[sunting | sunting sumber]

Dalam beberapa pandangan sejarawan Islam dan para penafsir Al-Quran pula, Ezra ataupun Yeremia adalah orang yang sama. Hal ini sepertimana yang dinyatakan kisah Ezra ataupun Yeremia dalam al-Quran 2:259] yang bermaksud:

"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui satu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari ataupun setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah (tempat kedudukan) dan lihatlah kepada keldai kamu (yang menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.” Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”."

Hal ayat Al-Quran diatas ini menerangkan bahawa kota Jerusalem (Baitulmuqaddis) yang mengalami kerosakan dan kehancuran atas binaannya boleh menjadi pulih semula seperti kota suci yang indah seperti sedia kala. Manakala Yeremia ataupun Ezra merupakan orang yang bertanya mengenai sifat kekuasaan Tuhan (ketika bertanya, Yeremia berfikir sambil mengikut cara berfikir manusia yang heran dengan keajaiban kekuasaan Allah, walau bagaimanapun, Yeremia dilihat tidaklah berada dalam keraguan dan syak wasangka, kerana dalam kepercayaan Islam Nabi diakui bahawa memiliki nilai keimanan yang cukup teguh dan kental kepada Allah dan tidak pernah meragukan apa-apa yang datang dari-Nya) (Allah), bagaimananapun Baitulmuqaddis ini merupakan kota yang akan hidup sesuai dengan janji-janji Allah.