Zaharah Nawawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaharah binti Nawawi (5 Mei 1940 – 31 Mei 2022) ialah seorang sasterawan dari Malaysia[1]. Beliau merupakan pengasas Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI), sebuah kelab yang membimbing bakat muda bidang penulisan di Malaysia[2][3].

Dunia penulisan dan sastera[sunting | sunting sumber]

Zaharah mula menulis sejak berusia 12 tahun dan mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dunia penulisan di peringkat negara dan antarabangsa termasuk Hadiah Karyawan Sastera Johor dan Hadiah Sastera Johor Darul Ta'zim pada 1999[1].

Beliau pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai wartawan Mingguan Malaysia dan pernah dilantik sebagai Karyawan Tamu di DBP pada 1997 hingga 1998.

Antara novel dihasilkannya termasuk Sebelum Berhujungnya Musim Bunga, Bulan dan Mentari, Jalur Sinar Di Celah Daun dan Hujan Sudah Teduh.

Pencapaian tertinggi yang diraih oleh beliau ialah menjadi salah seorang penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada September 1996 di Bangkok, Thailand.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 5 Mei 1940 dan berasal dari Kampung Parit Jawa, Batu Pahat, Johor.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • 1999 - Hadiah Karyawan Sastera Johor
  • 1999 - Hadiah Sastera Johor Darul Ta'zim
  • 1996 - Anugerah Penulis Asia Tenggara

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Zaharah meninggal dunia akibat barah kulit pada 31 Mei 2022 selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar KPJ Rawang[4].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sinar Harian (Mei 31, 2022). "Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  2. ^ Rosanita Hussin (2018). "Psikologi kanak-kanak dalam cerpen-cerpen terpilih Zaharah Nawawi". Universiti Sains Malaysia. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  3. ^ ALIAH ABDUL RAHIM. "Haji Azman Sedang Menempa Nama". Klik DBP. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  4. ^ Latifah Arifin (Mei 31, 2022). "Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia". BH. Dicapai pada Mei 31, 2022.