Zakat binatang ternakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

Haul semua haiwan sama iaitu 1 tahun. Manakala nisabnya berbeza mengikut haiwan, misalnya kambing 40 ekor, lembu 30 ekor dan unta 5 ekor.

Dalil wajib zakat ternakan[sunting | sunting sumber]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu (musinnah-Lembu betina berumur 2 tahun lebih) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, (tabi`-Lembu jantan berumur 1 tahun lebih), atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun). " - (Riwayat Ibnu Majah)

Syarat wajib zakat ternakan[sunting | sunting sumber]

  1. Islam
  2. Sempurna milik
  3. Merdeka
  4. Cukup nisab (genap setahun)
  5. Binatang ternakan tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah, menarik kereta dan sebagainya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]