Zakat emas dan perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satu auns emas
Syiling perak

Zakat emas dan perak ialah zakat yang dikenakan ke atas beberapa jenis logam berharga, iaitu emas dan perak. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. " - (Surah At-Taubah: 34)[1]
" (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. " - (Surah At-Taubah: 35)[2]

Emas[sunting | sunting sumber]

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

  1. Emas yang tidak dipakai (disimpan) - yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%
  2. Emas yang dipakai - (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Perak[sunting | sunting sumber]

Beza zakat perak dengan emas cuma nilai nisabnya iaitu 595 gram.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Nota kaki[sunting | sunting sumber]