Zaman Paleolitik Awal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zaman Paleolitik Awal adalah bahagian paling awal dalam Zaman Paleolitik (zaman batu). Zaman ini menjangkau 2.5 juta tahun lalu apabila bukti penggunaan alat batu oleh Hominid dijumpai dalam rekod arkeologi, sehingga sekitar 300,000 tahun lalu, merangkumi industri batu Oldowan ("mod 1") dan Acheulean ("mod 2").

Zaman Paleolitik Awal diikuti oleh Zaman Paleolitik Pertengahan, yang menyaksikan lebih banyak perubahan dan kelebihan kegunaan alatan batu. Penggunaan api oleh manusia yang dikatakan sama ada berlaku pada zaman awal atau pertengahan masih menjadi persoalan.