Afnan Hamimi Taib Azamudden
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Alor Setar, Kedah | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | PKR Chan Ming Kai |
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Malaysia | |
Memegang jawatan 19 Januari 2024 | |
Didahului oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Memegang jawatan 19 Oktober 2023 | |
Didahului oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2021–2022 | |
Ketua | Ahmad Fadhli Shaari |
Didahului oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Digantikan oleh | Mohd Hafez Sabri |
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah | |
Dalam jawatan 2020–2022 | |
Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor |
Digantikan oleh | Mohamad Hilmi Abdul Wahab |
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2012 – 31 Disember 2015 | |
Pengerusi | Mohd Salleh Man |
Butiran peribadi | |
Parti politik | |
Pasangan | Najibatulhuda Abdul Raman |
Anak-anak | 6 |
Hubungan | Taib Azamudden Md Taib (Bapa) Akram Ikrami Taib Azamudden (Adik) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Afnan Hamimi Taib Azamudden (Jawi: ﺍﻓﻨﺎﻥ حميمي بن طيب عزام الدين ) ialah seorang ahli politik Parti Islam Se-Malaysia dan ilmuwan dari negeri Kedah, Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Alor Setar sejak 2022. Beliau telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia pada 2023.[1]
Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 hingga 2015[2][3]. Selepas kemelut politik Kedah 2020 selesai, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor[4].
Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]
Afnan Hamimi merupakan anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Taib Azamudden Md Taib, dan merupakan abang kepada Pencetus Ummah Akram, peserta rancangan Pencetus Ummah terbitan Astro.
Afnan Hamimi melanjutkan pengajian Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) di Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Karier awal[sunting | sunting sumber]
Afnan Hamimi berkhidmat sebagai pengurus besar untuk Ahsana Enterprise. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (2012–2015), Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang (2013–2015), Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (2013–2015) dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penubuhan Perbadanan Wakaf Pulau Pinang (2014).
Karier politik[sunting | sunting sumber]
Beliau berkhidmat sebagai ketua sayap Pemuda PAS Pulau Pinang. Kemudian, beliau memenangi pemilihan sebagai naib ketua sayap Pemuda PAS dari 2021 hingga 2023. Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua sayap Pemuda PAS pada pemilihan pimpinan PAS 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada tahun 2020 hingga 2022.
Pada pilihan raya umum 2022, beliau memenangi kerusi untuk Alor Setar dan menjadi orang Melayu pertama yang mewakili kawasan itu.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Afnan Hamimi telah berkhawin dengan Najibatulhuda Abdul Raman dan mereka dikurniakan dengan enam orang anak.
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Prts | Calon lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P041 Kepala Batas, Penang | Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 20,952 | 45.47% | Reezal Merican Naina Merican (UMNO) | 25,128 | 54.53% | 46,738 | 4,176 | 90.52% | ||
2018 | P044 Permatang Pauh, Penang |
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 14,428 | 20.66% | Nurul Izzah Anwar (PKR) | 35,534 | 50.89% | 69,828 | 15,668 | 86.18% | ||
Zaidi Mohd Said (UMNO) | 19,866 | 28.45% | ||||||||||
2022 | P009 Alor Setar, Kedah | Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 37,486 | 48.69% | Simon Ooi Tze Min (PKR) | 27,555 | 35.79% | 77,976 | 9,931 | 73.60% | ||
Tan Chee Heong (MCA) | 8,930 | 11.60% | ||||||||||
Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG) | 2,383 | 3.10% | ||||||||||
Fadzil Hanafi (WARISAN) | 366 | 0.48% | ||||||||||
Sofan Feroza Md Yusup (Bebas) | 151 | 0.20% | ||||||||||
Nordin Yunus (Bebas) | 115 | 0.15% |
Baca lagi[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Johan, Shakira Buang & Shamz (2023-10-19). "Afnan ketua pemuda PAS baru". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-10-19.
- ^ "Salleh Man dilantik YDP MAINPP". Buletin Mutiara. 1 Ogos 2012. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ "SENARAI NAMA DAN JAWATAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (1.1.2014 – 31.12.2015)". Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ Abd Hadi Che Awang (18 Mei 2020). "Sanusi mulakan tugas sebagai Menteri Besar Kedah". Astro Awani. Dicapai pada 11 Julai 2020.