Muhammad Sanusi Md Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhammad Sanusi Md Nor

SPMK, AMK (Kedah)
محمد سنوسي مد نور
Muhammad Sanusi pada 2022
Menteri Besar Kedah ke-14
Memegang jawatan
17 Mei 2020
SultanSultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Didahului oleh Mukhriz Mahathir
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Jeneri
Memegang jawatan
3 Julai 2018
Didahului oleh Mahadzir Abdul Hamid
Majoriti2,455 (2018)
16,050 (2023)
Pengerusi
Badan Perhubungan
Parti Perikatan Nasional
Negeri Kedah
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
4 Julai 2018 – 17 Mei 2020
Didahului oleh Amiruddin Hamzah
Digantikan oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi
Butiran peribadi
Lahir (1974-08-04) 4 Ogos 1974 (umur 49)[1]
Kampung Sungai Pauh, Sik, Kedah, Malaysia[2]
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Gagasan Sejahtera (GS)
(2018–2020)
Muafakat Nasional (MN)
(2019–2022)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
PasanganTok Puan Seri Hajah Jusmalailani Jusoh (k. 1999)
Anak-anak5
KediamanSeri Mentaloon, Alor Setar, Kedah[3]
Alma materUniversiti Sains Malaysia (BA)
PekerjaanAhli politik
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanMalaysia Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Laut Diraja Malaysia
Rejimen Askar Wataniah
Tahun perkhidmatan1995–1997[nota 1]
2021–kini[nota 2]
Pangkat Leftenan Muda
Laksamana Pertama[nota 3]
UnitPasukan Latihan Pegawai Simpanan

Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (Jawi: محمد سنوسي بن مد نور; Sebutan bahasa Melayu: [muhammad sanusi]; lahir 4 Ogos 1974[1]) ialah ahli politik Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 sejak Mei 2020 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) untuk Jeneri sejak Mei 2018. Beliau adalah Ketua Pembangkang negeri itu dari Julai 2018 sehingga runtuhnya pentadbiran negeri Pakatan Harapan yang dipimpin oleh pendahulunya Mukhriz Mahathir pada Mei 2020. Seorang ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya I parti itu di negeri Kedah.[4][5] Tempoh beliau sebagai Menteri Besar Kedah dicemarkan oleh beberapa kontroversi dalam isu politik, skandal, dakwaan aneh dan hubungan tegang dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain di Malaysia, termasuk kata-kata penghinaan yang dibuatnya terhadap Sultan Selangor pada 2023,[6] serta mendakwa negeri jiran Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah[7] dan menjadi salah satu tokoh penting dalam "Gelombang Hijau" di Malaysia.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Muhammad Sanusi dilahirkan di Kampung Sungai Pauh, Sik, Kedah, Malaysia[2] dan dia merupakan anak ketujuh daripada 13 adik beradik hasil perkahwinan Md Nor Taib (lahir 1942) dan Meriam Ahmad (lahir 1949).[8] Dia berasal dari keluarga yang miskin.

Muhammad Sanusi mendapat pendidikan rendah di SK Batu 5, Sik dan kemudiannya mendapat pendidikan menengah di SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah, SMK Sik, Sik, Kedah dan SMK Derma, Kangar, Perlis. Beliau telah dibuang dari sekolah sebanyak dua kali, kali pertama berlaku di SMS Sultan Mohamad Jiwa. Pembuangan buat kali kedua berlaku di SMK Sik, kerana kelakuan buruknya dan ibu bapanya tidak dapat menjelaskan bayaran yuran tahunan sekolahnya. Dia cenderung untuk dibuli oleh rakan sekolahnya kerana latar belakangnya yang miskin. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang selepas menamatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Derma. Beliau menerima Sarjana Muda Sains Politik dalam Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor, Pulau Pinang.[8] Semasa zaman universiti, beliau telah menjalani latihan sebagai pegawai kadet simpanan tentera laut dan ditauliahkan pada tahun 1997.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Muhammad Sanusi memulakan kerjayanya sebagai pegawai pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) (1998–2002), setiausaha eksekutif Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) (2002–2004) dan eksekutif pentaksiran untuk Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd (2004–2008). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Syarikat Air Darul Aman (SADA) sejak 2010 hingga 2013.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Sepanjang karier politiknya, Muhammad Sanusi berkhidmat sebagai pengarah pilihan raya PAS, pengerusi PASRelief, ketua pengarah pusat Keselamatan PAS (sejak 2017), pesuruhjaya PAS bahagian Sik, Kedah (sejak 2015), timbalan pesuruhjaya PAS Kedah (sejak 2015), Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah ke-10 YAB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Haji Azizan Abdul Razak (2008 hingga 2013). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah pilihan raya PN sejak 2023.

Muhammad Sanusi meraih undian tertinggi pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pusat dengan 1,098 undi dalam pemilihan parti PAS 2023.

Menteri Besar Kedah[sunting | sunting sumber]

Muhammad Sanusi berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 sejak 2020. Pada 17 Mei 2020, Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dengan menyebut beliau tidak boleh memegang majoriti dalam kalangan ADUNnya dan dengan itu melepaskan jawatannya.[9] Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin pada 17 Mei 2020.

Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, beliau banyak menyelia pembangunan dan pencapaian di Kedah, termasuk memperoleh RM68.3 bilion pada 2021 dan RM7.34 bilion daripada pelaburan pada 2022; menaik taraf enam Loji Rawatan Air (LRA) termasuk LRA Lubuk Buntar, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau, LRA Baling, LRA Jenun Baru dan LRA Pelubang; 5,417 geran hak milik tanah telah diberikan kepada pemohon yang telah memohon selama beberapa dekad; Kedah Rubber City (KRC) yang sudah lama rosak akan dibangunkan pada era PN dengan jumlah RM2.2 bilion dan banyak lagi.

Penglibatan dalam tentera laut[sunting | sunting sumber]

Muhammad Sanusi menjadi ahli politik pertama di Malaysia yang menerima pangkat tentera Laksamana Pertama pada 2021 daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).[10]

Kontroversi dan isu[sunting | sunting sumber]

Muhammad Sanusi menimbulkan banyak kontroversi sepanjang tempoh beliau sebagai Menteri Besar Kedah sejak 2020 yang telah menjadikannya tokoh polarisasi di Malaysia. Ini termasuk deposit rare-earth element (REE), ucapan rasis terhadap pemain bola, cuti Thaipusam di Kedah, jenaka terhadap mayat COVID-19, ucapan lucah di Pulau Pinang dan kenyataan kontroversi mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor oleh Sultan Selangor.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Muhammad Sanusi telah berkahwin dengan Jusmalailani Jusoh pada 14 Februari 1999 dan mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Nur Fatihah Muhammad Sanusi, Muhammad Umar Zuhdi Muhammad Sanusi, Nur Asma' Muhammad Sanusi, Nur Hana Muhammad Sanusi dan Sofea Humaira Muhammad Sanusi. Isterinya bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Batu 8 di Sik, Kedah. Beliau kini menetap di Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.[nota 4][11]

Muhammad Sanusi gemar bermain bola sepak, sepak takraw, ragbi, berbasikal, dan menyanyi/karaoke dalam aplikasi TikTok.

Lagu Haruman Terindah nyanyian Lokman Naufal menjadi sinonim dengan Muhammad Sanusi dalam kehidupan awal, pendidikan dan perjuangannya sebelum menjadi seorang ahli politik dan Menteri Besar Kedah. Pada tahun 2023, beliau mengeluarkan buku biografinya sendiri, bertajuk Pegunan Perjalanan Hidup: Dinding Sekeping Adik Seorang, dan buku ini telah dilancarkan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang.[12][13]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Kedah
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2008 N23 Belantek Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) 7,974 49.20% Mohd Tajudin Abdullah (UMNO) 8,226 50.70% 16,475 252 86.60%
2018 N24 Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) 10,626 46.32% Mahadzir Abdul Hamid (UMNO) 8,171 35.61% 27,641 2,455 84.70%
Mohd Nazri Abu Hassan (BERSATU) 4,146 18.07%
2023 Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) 21,823 79.08% Muhamad Khizri Abu Kassim (UMNO) 5,773 20.92% 27,754 16,050 79.08%

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Anugerah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Anugerah persilatan[sunting | sunting sumber]

  • Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah
    • Khalifah Sri Tri Simanjakini (2022)[16]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Pegunan Perjalanan Hidup: Dinding Sekeping Adik Seorang (2023)[17][18]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menjalani latihan sebagai pegawai simpanan semasa belajar di USM.
  2. ^ Dianugerahkan sebagai jeneral kehormat satu bintang oleh TLDM.
  3. ^ Pangkat kehormat.
  4. ^ Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Muhammad Sanusi pemimpin mesra, mudah didekati". Sinarharian. 17 Mei 2020.
  2. ^ a b "'Sebiji telur belah lapan'". Berita Harian. 31 Mei 2020.
  3. ^ "Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah". Bernama.
  4. ^ "Muhammad Sanusi dijangka angkat sumpah MB Kedah esok". 16 Mei 2020. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  5. ^ "Menteri Besar baharu Kedah angkat sumpah esok". 16 Mei 2020. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  6. ^ "57 reports received against Sanusi over remarks on Selangor sultan, says IGP". 15 Julai 2023. Dicapai pada 16 Julai 2023.
  7. ^ "The controversy behind Kedah's claim of Penang". 6 Jun 2023. Dicapai pada 16 Julai 2023.
  8. ^ a b "Muhammad Sanusi Md Nor". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-04-24.
  9. ^ news|url=https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/17/mukhriz-formally-announces-resignation-as-kedah-mb/1866916
  10. ^ "MB Kedah terima pangkat Laksamana (Kehormat) TLDM". Harakah Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-16.
  11. ^ "Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah". Bernama.
  12. ^ "Kedah MB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor doing a book-signing session of his autobiography". Lumi News Malaysia.
  13. ^ "Pay us RM100 million, not even Kemuncup grass will be cut in Ulu Muda forest - Sanusi". NST Online.
  14. ^ "Carian Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". eservices.kedah.gov.my.
  15. ^ Menteri Besar Kedah kini ‘Datuk Seri’
  16. ^ "Wan Saiful dianugerah Sandang Khalifah Penasihat Mahkota Alam". Journal Malaysia. 21 Ogos 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  17. ^ "Kedah MB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor doing a book-signing session of his autobiography". Lumi News Malaysia.
  18. ^ "Pay us RM100 million, not even Kemuncup grass will be cut in Ulu Muda forest - Sanusi". NST Online.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]