Asam pedas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Asam Pedas)
Asam pedas
Asam pedas ikan Pari terkenal di Muar dan Melaka.
JenisFish stew, hidangan ikan, masakan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalIndonesia & Malaysia[1][2][3][4]
Kawasan/rantauSumatera Barat , Kepulauan Riau , Semenanjung Malaysia , Singapura , Kalimantan
Masakan berkaitanIndonesia,[5][6][7] Malaysia[8] dan Singapura[9]
Dicipta olehSumatera Barat & Kedah
Suhu penghidanganSuhu bilik atau panas
Bahan utamaIkan dimasak dalam sup masam dan pedas
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asam pedas (Jawi: اسم ڤدس; Minangkabau: asam padeh) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera dan masakan orang Kedah di Kedah; ia turut meluas dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu[10] (terutamanya di Melaka , Johor) , Kedah dan Kelantan, pulau Sumatera (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan) , Singapura , Kepulauan Riau sampai sejauh Kalimantan Barat[11] di Borneo.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tiada catatan dari mana asal usul Asam Pedas kemungkinan ianya berasal daripada Sumatera barat dan Kedah kerana Asam Pedas Melaka menggunakan daun limau purut(Kafir Lime) ia sama seperti Asam Pedas Minang manakala Asam Pedas Johor menggunakan daun kesum seperti Asam Pedas Kedah , daun kesum(Vietmese Corriander) berasal daripada dataran Indo-Cina . Ada yang bantah Asam Pedas Kedah sama dengan Asam Rebus & Kaengsom sebenarnya tidak sama kerana Asam Rebus & Kaengsom tidak merah dan tidak pedas manakala Asam Pedas Kedah berwarna merah & pedas. Di Singapura pula mereka berdarah Minang dan berdarah Johor , ada yang menggunakan daun limau purut , ada yang menggunakan daun kesum.

Teori Minang dan Kedah

Limau Purut: Sumatera Barat > Sumatera Selatan > Melaka > Singapura > Kepulauan Riau > Kalimantan .

Daun Kesum: Kedah > Kelantan > Johor > Singapura .

Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.[12]

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Cara memasak[sunting | sunting sumber]

Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Jangan pula hangus. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut banyak atau sedikit sukatan masakan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur/asam jawa atau daun limau purut.

Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Lauk ini lazim dimakan bersama nasi di banyak tempat serantau melainkan masyarakat Pulau Lingga yang menjamah bersama lempeng sagu yang mampu mereka perolehi berbanding beras pada zaman dahulu.[13]

Perbezaan[sunting | sunting sumber]

Jenis Bahan Daun Bahan Masam Bahan Utama Cara masak !
Asam pedas Kedah Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, belacan, lengkuas, serai, tomato kesum asam keping cili kisar rebus
Asam pedas Kelantan Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, belacan, lengkuas, tomato kesum asam keping, asam jawa cili kisar, beras kisar rebus
Asam pedas Johor Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lengkuas, belacan, tomato kesum asam jawa, asam keping cili kisar, buah keras, lada hitam tumis kemudian rebus
Asam pedas Muar Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lengkuas, serai, tomato, belacan kesum cili kisar, asam jawa , asam keping lada hitam, bunga kantan tumis kemudian rebus
Asam pedas Melaka Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, serai, belacan limau purut cili kisar, asam jawa ketumbar, jintan manis, jintan putih tumis kemudian rebus

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Johor(Johor-Malaysia)". Iluminasi. Dicapai pada 28 Sep 2018.
  2. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Melaka (Melaka-Malaysia)". JKKN Melaka. Dicapai pada 21 Sep 2023.
  3. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Kedah (Kedah-Malaysia)". Rasa. Dicapai pada 5 Sep 2021.
  4. ^ Shazlan, Ahmad (9 Mei 2024). "Asam Pedas Kelantan (Kelantan-Malaysia)". Pinterest. Dicapai pada 25 November 2023.
  5. ^ Boi, Lee Geok (15 September 2017). Asian Seafood (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. ISBN 978-981-4794-08-4.
  6. ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". idntimes.com. 2 November 2020. Dicapai pada 22 September 2020.
  7. ^ Arman, Dedi (26 May 2019). "Pedasnya Ikan Asam Pedas Melayu". kebudayaan.kemdikbud.go.id. Dicapai pada 22 September 2020.
  8. ^ "3 Most Popular Western Malaysian Seafood Dishes".
  9. ^ Zainul Abidin Rasheed; Wan Hussin Zoohri; Norshahril Saat, penyunting (2020). Beyond Bicentennial: Perspectives On Malays. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 323–325. ISBN 978-981-121-250-5.
  10. ^ "Serba-serbi RM Padang: Dari Rendang sampai Rahasia Saji". Kompas. 28 Disember 2020. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  11. ^ "Ikan Asam Pedas Pontianak, Jenis menu masakan masyarakat Melayu". Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya. 2 November 2019. Dicapai pada 24 September 2020.
  12. ^ Awal Faiz. "Beza Asam Pedas Melaka Dan Johor". Saji.
  13. ^ Faris Joraimi (Apr–Jun 2021). "Mother Island: Finding Singapore's Past in Pulau Lingga". BiblioAsia. Jil. 17 no. 4. National Library Board. m/s. 30–35.CS1 maint: date format (link)