Istana Badariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Badariah
ايستان بدرايه
Maklumat umum
StatusSiap dibina
LokasiKuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Disiapkan pada
1940
PemilikSultan Mizan Zainal Abidin

Istana Badariah telah didirikan pada hari Isnin, 22 Januari 1940 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1358H pukul 8.00 pagi. Istana ini dibina di atas tanah Lot. No. 41 di Padang Seri Negara Mukim Batu Buruk seluas 41.844 ekar atau 16.933 hektar.

Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Terengganu yang ke 13 ( 1920 – 1942 ). Walau bagaimanapun, Baginda tidak sempat bersemayam di istana ini kerana Baginda mangkat terlebih awal. Namun demikian, jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini pada hari kemangkatan Baginda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Istana ini dijadikan Renca-Consol semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Istana Badariah telah menjadi tempat bersemayam rasmi Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan yang ke 14, ( 1945 – 1979 ). Baginda mangkat di istana ini dan jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini ke Permakaman DiRaja di kawasan Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Istana ini kemudiannya telah dijadikan tempat bersemayam rasmi kepada Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang ke 15. Beberapa pindaan telah dilakukan kepada istana ini.

Istana yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan indah telah menjadi warisan kebangsaan dan pusaka negeri. Di istana inilah menjadi tempat sambutan lawatan tetamu agung / negeri.

Pada 12 Mei 1998, ketika lawatan kerja sehari ke Terengganu, Perdana Menteri Malaysia ke-4 ketika itu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah mengunjungi Istana Badariah pada jam 11.10 pagi untuk mengadap Sultan Terengganu iaitu DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.[1]

Pada bulan Mac 2019, Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berjumpa dengan 'Mowgli Malaysia' berusia 14 tahun iaitu Muhammad Syukur Khamis dalam pertemuan tertutup di Istana Badariah bagi meraikan kejayaan mempromosikan Terengganu di peringkat antarabangsa melalui gambar bersama kerbau yang dimenangi dalam pertandingan fotografi peringkat Asia di mana gambar itu dipilih sebagai Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic, bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik.[2]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Yayasan DiRaja Sultan Mizan[3][sunting | sunting sumber]

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) merupakan sebuah yayasan amal yang dilancarkan pada 12 Jamadilakhir 1426 Hijrah bersamaan dengan 19 Julai 2005 bersempena Ulang Tahun keputeraan ke-43 KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Yayasan ini merupakan ilham KDYMM Tuanku serta diasaskan dan dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berita Darul Iman. Unit Penerbitan Kerajaan Terengganu. 1998. m/s. 2.
  2. ^ Yatim, Norhaspida (25 Mac 2019). "Sultan Mizan bertemu 'Mowgli Malaysia'". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Mei 2024.
  3. ^ Laman sesawang rasmi Yayasan Diraja Sultan Mizan

Lihat lagi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]