Musa Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musa Wahab
Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Undang Luak Jelebu
Undang Luak Jelebu
Tempoh4 Februari 1980 - 11 September 2014
Kemahkotaan20 November 1981
Didahului olehAbu Bakar Ma’amor
Diikuti olehMaarof Mat Rashad
Keputeraan(1937-09-04)4 September 1937
Jelebu, Negeri Sembilan, Tanah Melayu
Kemangkatan11 September 2014(2014-09-11) (umur 77)
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
PemakamanSeptember 12, 2014
Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia
SpouseManoriah Ahmad Bidawi
KerabatSarin (Kuala Jelebu)
AyahandaWahab bin Rah
BondaHajjah Aminah binti Othman
AgamaIslam

Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato' Haji Musa bin Wahab, D.T.N.S., P.J.K. (4 September 1937 di Kuala Klawang, Jelebu - 11 September 2014 di Seremban) ialah Undang Luak Jelebu ke-15, salah satu daripada luak di Negeri Sembilan, Malaysia.

Beliau telah dipilih sebagai Undang pada 4 Februari 1980 dan ditabalkan pada 20 November 1981 mengikut adat istiadat luak. Beliau berasal dari keturunan Waris Sarin; salah satu daripada keturunan yang mewarisi jawatan Undang di Jelebu selain Waris Ulu Jelebu dan Waris Kemin.

Musa Wahab berkahwin dengan To' Puan Manoriah binti Ahmad Bidawi pada 30 September 1961, dan mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak angkat perempuan. Beliau bekerja hampir sepanjang hayatnya sebagai guru, dan berkhidmat sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan, di Port Dickson dan kemudian di Sekolah Menengah Undang Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu. Beliau bersara daripada mengajar pada 4 Februari 1980 iaitu hari Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Othman bin Baginda ketika itu secara rasmi mengisytiharkan beliau sebagai Undang Luak Jelebu ke-15. Musa juga pernah terlibat secara aktif dalam politik sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Undang Luak Jelebu Diarkibkan 2012-03-12 di Wayback Machine. Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan. Accessed 2011-06-03.
  2. ^ Records from Telaga Undang, Peradong, Jelebu (Accessed 17 January 2016)