Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara
Lokasi
Peti Surat 843, Jalan Kuhara, Batu 3½, 91008, Tawau, Sabah
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDinamik Progresif
Nombor sekolah6089714297
Kod sekolahXEE3024
PengetuaEn. Mokhtar bin Abdul Rashid
(2019-kini)
Faks6089715291
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara (lebi dikenali, SMK Kuhara) ialah sebuah sekolah menengah yang terdapat di Tawau, Sabah. Sekolah ini mengamalkan persekolahan dwisesi, pagi dan petang dan mengambil pelajar daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan lima.

Pada 2024, sekolah berkenaan seramai 2008 orang murid. Ia mempunyai seramai 155 orang guru.

Pelajar sekolah ini digelar "Kuharian"[1] oleh pelajar sekolah itu sendiri serta penduduk sekitar daerah tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Kuhara ditubuhkan pada tanggal 16 Januari 1967 oleh Sir George Wyatt dengan hanya dua orang guru dan 32 pelajar. Pada awal penubuhannya, sekolah ini tidak mempunyai sebarang kemudahan fizikal mahupun bangunannya sendiri. Dengan itu, pelajar-pelajar dari sekolah ini terpaksa meminjam kemudahan-kemudahan daripada sekolah lain. Sekolah-sekolah yang sanggup membenarkan kemudahannya digunakan oleh pelajar SMK Kuhara antaranya Sekolah Menengah Holy Trinity, SMK Tawau, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chin dan Sekolah Kebangsaan Kem Kabota.

Pada tahun 1977, sepuluh tahun selepas sekolah ini dilancarkan, pelajar-pelajar sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru yang diisytiharkan dibuka pada tanggal 27 September 1977. Bangunan itu kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1996, SMK Kuhara telah mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara. Selain itu, SMK Kuhara juga mendapat anugerah Sekolah Cemerlang.

Sehingga Kini, SMK Kuhara dikelola oleh Pengetua, En. Mokthar Hj Abdul Rashid.

Kemudahan tersedia[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti berikut:[sunting | sunting sumber]
  • Dua buah makmal komputer
  • Sebuah Pusat Akses.
  • Sebuah perpustakaan (PustaRa)
  • Dua buah kantin
  • Asrama untuk murid lelaki (ASPURA) dan perempuan (ASPURI).
  • Dua buah Dewan: Dewan Al-Farabi (3 gelanggang badminton) dan Dewan Terbuka (Sudut Pidato, belakang bilik guru sesi pagi)
  • Sebuah Surau
  • Beberapa Taman dan Pondok (berbentuk cendawan)
  • Satu Padang
  • Satu Gelanggang Bola Keranjang
  • Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi ( dahulunya kemahiran hidup)
  • Bengkel Seni Visual
  • Bengkel Reka Cipta
  • Beberapa Taman dan pondok
  • 3 Blok Akademik (Blok A bagi Tingkatan 2 dan 3), (Blok B bagi Tingkatan 1) dan (Blok C bagi murid Tingkatan 4 dan 5)
  • Tandas (Tandas Lelaki / Tandas Perempuan terletak di Blok Akademik B dan 2 tandas untuk murid dan 2 tandas bagi guru di bangunan PPKI), (terdapat 4 tandas lelaki dan 2 tandas perempuan di Surau), (1 tandas umum untuk calon SPM) dan (2 Tandas guru berlainan jantina di Blok Akademik A dan 2 tandas guru berlainan jantina di Blok Akademik C)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara
Peti Surat 843
91008, Tawau
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089712205
Fax = 6089715291

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

1. Kuhara + imbuhan -ian daripada bahasa Inggeris daripada bahasa Latin -ānus yang membentuk kata sifat kepunyaan atau asalan daripada sesuatu ataupun kata nama yang menunjukkan seseorang yang dari sesuatu tempat. Huruf 'a' digugurkan demi penyesuaian bunyi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]