Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahXEE3024
LokasiPeti Surat 843 91008, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu,  Malaysia
Telefon6089714297
Faks6089715291


Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara (SMK Kuhara) ialah sebuah sekolah menengah yang terdapat di Tawau, Sabah. Sekolah ini mengamalkan persekolahan dwisesi, pagi dan petang dan mengambil pelajar daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan enam.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara memiliki 1008 pelajar lelaki dan 1086 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2094 orang. Ia mempunyai seramai 123 orang guru.2009

Pelajar sekolah ini digelar Kuharian[1] oleh pelajar sekolah itu sendiri dan juga masyarakat Tawau.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Kuhara ditubuhkan pada tanggal 16 Januari 1967 oleh Sir George Wyatt dengan hanya dua orang guru dan 32 pelajar. Pada awal penubuhannya, sekolah ini tidak mempunyai sebarang kemudahan fizikal mahupun bangunannya sendiri. Dengan itu, pelajar-pelajar dari sekolah ini terpaksa meminjam kemudahan-kemudahan daripada sekolah lain. Sekolah-sekolah yang sanggup membenarkan kemudahannya digunakan oleh pelajar SMK Kuhara antaranya Sekolah Menengah Holy Trinity, SMK Tawau, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chin dan Sekolah Kebangsaan Kem Kabota.

Pada tahun 1977, sepuluh tahun selepas sekolah ini dilancarkan, pelajar-pelajar sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru yang diisytiharkan dibuka pada tanggal 27 September 1977. Bangunan itu kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1996, SMK Kuhara telah mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara. Selain itu, SMK Kuhara juga mendapat anugerah Sekolah Cemerlang. Kini, SMK Kuhara dikelola oleh Pengetua, En. Abdul Rahman Kannan Abdullah yang merupakan bekas Pengetua SMK Jambatan Putih.

Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Dua buah makmal komputer
  • Sebuah Pusat Akses.
  • Dua buah perpustakaan - sebuah perpustakaan utama dan satu lagi untuk pelajar pra-Universiti.
  • Dua buah kantin
  • Asrama untuk murid lelaki dan perempuan.
  • Sebuah Dewan (2 gelanggang badminton)
  • Sebuah Surau
  • Beberapa Taman dan Pondok (berbentuk cendawan)
  • Satu Padang
  • Satu Gelanggang Bola Keranjang
  • Bengkel Kemahiran Hidup
  • Bengkel Seni Visual
  • Bengkel Reka Cipta
  • Beberapa Taman dan pondok

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara
Peti Surat 843
91008, Tawau
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089712205
Fax = 6089715291

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

1. Kuhara + imbuhan -ian daripada bahasa Inggeris daripada bahasa Latin -ānus yang membentuk kata sifat kepunyaan atau asalan daripada sesuatu ataupun kata nama yang menunjukkan seseorang yang dari sesuatu tempat. Huruf 'a' digugurkan demi penyesuaian bunyi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]