Pemasaran bergabung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Affiliate)

Pemasaran bergabung (affiliate marketing) adalah suatu jenis pemasaran berasaskan prestasi di mana suatu perniagaan memberi ganjaran kepada setiap ahli gabungan atas setiap pelawat atau pelanggan yang dibawa usaha pemasaran ahli tersebut.[1]

Program sebegini pada ringkasnya menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian Internet.


Pemasaran bergabung (affiliate marketing) di Malaysia semakin mendapat sambutan di kalangan orang awam. Terdapat pelbagai platform yang membuka program pemasaran bergabung dan antara yang popular ialah Shopee dan Lazada.


Platform affiliate marketing yang popular pula ialah sepeti AccessTrade dan juga Involve Asia.


Kebanyakan pemasar bergabung (affiliate marketer) menggunakan pelbagai teknik untuk menarik trafik ke pautan affiliasi mereka antaranya dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan yang paling baru ialah Tik Tok.

Terdapat juga antara pemasar bergabung yang menggunakan laman web mereka sendiri untuk menjana pendapatan daripada pemasaran bergabung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Definition.net. "Affiliate marketing". Dicapai pada Februari 21, 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

2. Rujukan daripada artikel bertajuk: [Affiliate Marketing Malaysia] 5 Langkah Sukses + Case Study oleh penciptakonten.com