Akta Kawalan Tembakau Bhutan 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Akta Kawalan Tembakau)

Akta Kawalan Tembakau Bhutan (Jongkha: འབྲུག་གི་ཏམ་ཁུ་དམ་འཛིན་བཅའ་ཁྲིམས་ཅན་མ་, rumi: 'Drug-gi tam-khu dam-'dzin bca'-khrims can-ma) digubal oleh Parlimen Bhutan pada 6 Jun 2010 dan berkuat kuasa pada 16 Jun.[1][nb 1] Ia mengawal tembakau dan keluaran tembakau, mengharamkan pertanian, penuaian, pengeluaran, dan penjualan tembaaku dan keluaran tembakau di Bhutan. Akta ini juga memerintah dengan mandat bahawa kerajaan Bhutan memberi kaunseling dan rawatan untuk memudahkan penghentian tembakau. Berdasarkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan rakyat Bhutan – unsur penting Kebahagiaan Kebangsaan Kasar – Akta Kawalan Tembakau mengiktiraf kesan berbahaya penggunaan tembakau dan pendedahan kepada asap tembakau terhadap kedua-dua kesihatan rohani dan sosial.[nb 2]

Lama sebelum penggubalan Akta Kawalan Tembakau, kerajaan Bhutan telah menentang penggunaan tembakau. Pada tahun 1916, Raja Bhutan pertama Ugyen Wangchuck mengisytiharkan pengharaman "herba yang terkotor dan berbahaya, dipanggil tembakau."[2] Akta Kawalan Tembakau moden, walau bagaimanapun, menyebabkan kontroversi kerana hukuman kerasnya. Pada Januari 2012, Parlimen meluluskan pindaan cemas dengan kesan jumlah tembakau dibenarkan yang banyak meningkat dan mengurangkan hukuman, walaupun jualan dan pengedaran kekal diharamkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tobacco Control Act (TCA): § 1
  2. ^ TCA: Preamble

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tobacco Control Act of Bhutan, 2010" (PDF). Kerajaan Bhutan. 2010-06-16. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-16. Dicapai pada 2011-01-20.
  2. ^ White, J. Claude (1909). "Appendix I – The Laws of Bhutan". Sikhim & Bhutan: Twenty-One Years on the North-East Frontier, 1887–1908. New York: Longmans, Green & Co. m/s. 301–10. Dicapai pada 2010-12-25.

Templat:Undang-undang Bhutan Templat:Masyarakat Bhutan