Bandar Raya Guatemala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Guatemala)
Jump to navigation Jump to search
Bandar Guatemala
Nueva Guatemala de la Asunción
Bandar Raya Guatemala
Bandar Raya Guatemala
NegaraGuatemala
JabatanGuatemala
Luas
 • Jumlah692 km2 (267 batu persegi)
Ketinggian
1,500 m (4,900 ft)
Penduduk
 (2018)
 • Jumlah2,450,212
 • Kepadatan3,500/km2 (9,000/batu persegi)
Zon waktuUTC-6 (UTC-6)

Bandar Raya Guatemala (Bahasa Sepanyol: Ciudad de Guatemala, nama rasmi 'Nueva Guatemala de la Asunción) atau juga dikenali sebagai Guatemala de Guate oleh masyarakat setempat, ialah ibu kota negara Guatemala; bandar raya ini kota paling besar dan paling banyak penduduk di Amerika Tengah.

Pendiaman manusia di tapak semasa Bandar Guatemala bermula dengan kaum Maya yang membina bandar di Kaminaljuyu. Bandar Guatemala merupakan kawasan tumpuan ekonomi, kerajaan dan kebudayaan negara Guatemala. Bandar Guatemala terletak di kawasan pergunungan negara ini di antara persisiran pantai Pasifik di selatan dan kawasan rendah di utara di kawasan Peten. Dianggarkan bahawa jumlah penduduk di Bandar Guatemala ialah kira-kira 2 juta orang manakalah jumlah di kawasan bandarnya ialah hampir 4 juta orang.[1] Bandar Guatemala menempatkan pusat bagi banyak syarikat perhubungan seperti Tigo, Claro-Telgua dan Movistar-Telefónica. Walaupun bandar ini terletak di kawasan tropika, paras Bandar Guatemala yang agak tinggi menyederhanakan suhu purata.

Bandar Guatemala sebagai ibu negara menempatkan bank pusat Guatemala, dan dasar kewangan Guatemala dirancang di sana. Bandar Guatemala dibahagikan kepada 22 zon berdasarkan perancangan susun atur perbandaran yang direka Raúl Aguilar Batres. Bandar Guatemala menempatkan 10 universiti, antaranya, pusat pengajian tinggi yang terawal di Amerika Tengah, iaitu Universiti San Carlos Guatemala. Bandar Guatemala ada beberapa pusat sukan dan banyak persatuan sukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guatemala: Estimaciones de la Población total por municipio. Período 2008-2020" [Guatemala: Estimates of the total population by municipality. 2008-2020 period.] (PDF). Organismo Judicial República de Guatemala. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 July 2018. Dicapai pada 14 September 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)