Belia Felda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Maksud “Belia FELDA”[sunting | sunting sumber]

Adalah generasi muda di 278 rancangan FELDA di seluruh negara yang berumur 16 ke 40 tahun. Mereka juga termasuk dalam istilah generasi ke 2 atau ke 3 atau generasi baru yang mesti dibela dan diperkasa yang menjadi misi dan teras ke 3 dalam perjuangan 50 tahun FELDA akan datang. Anggaran jumlah belia di seluruh FELDA ialah seramai 333,832 orang. Namun yang berdaffar sebagai ahli persatuan belia setakat 65% iaitu 21 7,694 orang. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Felda bagi memastikan golongan ini berada pada landasan yang betul dan tidak terjerumus ke arah gejala sosial yang tidak menyihatkan. Tidak dapat disangsikan lagi terdapat ramai daripada golongan ini yang telah menjawat jawatan besar dalam kerajaan dan swasta.

Persatuan Belia di Rancangan Felda[sunting | sunting sumber]

Terdapat 305 persatuan belia di 278 rancangan FELDA di seluruh negara. Status persatuan adalah pelbagai. Banyak yang aktif dan ada yang hidup segan mati tak mahu. Perkara penting tersimpul dalam 4K yang perlu dilakukan oleh persatuan belia ialah:

(a) Kepimpinan perlu dimantapkan. Pemimpin yang tidak dapat meluangkan masa wajar memberikan tempat kepada pemimpin yang lain. Anak peneroka yang berpendidikan dan berminat, wajar diberi tempat dan jangan disisihkan.

(b) Kegiatan perlu ditambah dengan pelbagai aktiviti yang bermanafaat. Aktiviti perlu sesuai dan berkesan termasuk yang melibatkan akfiviti penjanaan sosio-ekonomi. Contohnya, persatuan yang menang anugerah pembangunan ekonomi dalam ABFM 2007 melaksanakan contohnya 15 projek ekonomi yang berlainan dan agak berjaya.

(c) Kesepakatan persatuan belia dengan agensi lain seperti Seranta, KEMAS. JASA. Kementerian Belia Dan Sukan, RELA JPA3, UMNO, NGO yang lain akan memberikan jaringan yang kuat.

(d) Kewangan yang selalu ditimbulkan bukanlah masalah besar jika semua pihak bekerjasama dengan baik. Ada syarikat tertentu, agensi kerajaan pusat dan negeri yang boleh membantu. Belia perlu kreatif mencari sumber kewangan.

Maklumat lanjut[sunting | sunting sumber]

Badan Menyelaraskan Pembangunan Belia Felda[sunting | sunting sumber]

Majlis Belia Felda Malaysia
Tingkat 1, Blok F
Anjung Felda, Jalan Maktab
54000 Kuala Lumpur
Phone: 603-2693 2271
Fax: 603-2693 2271