Bangsa Boer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Boer)

Bangsa Boer atau Afrikaner ialah bangsa keturunan bangsa Belanda yang menetap di Afrika Selatan. Bangsa ini mempunyai kebudayaan Afrikaner yang berbeza dengan budaya nenek moyangnya dan kebudayaan asli Afrika Selatan. Bangsa ini dulu mempunyai rasa nasionalisme yang tinggi dan merasa Afrika Selatan adalah satu-satunya tanah air mereka kerana mereka dilahirkan dan dibesarkan di Afrika Selatan. Hal itu dibuktikan dalam Perang Boer Kedua (1899-1902) dengan melawan Inggeris yang berusaha menguasai Afrika Selatan daripada mereka walaupun akhirnya mereka kalah. Wilayah yang dikuasai Bangsa Boer ialah Koloni Kap, Koloni Natal, Republik Transvaal dan Negara Bebas Oranye.