Boedi Oetomo
Budi Utomo (Ejaan Republik: Boedi Oetomo) ialah pergerakan politik watan pertama di Hindia Timur Belanda. Pertubuhan ini dianggap sangat berpengaruh dalam pembangunan kebangsaan Indonesia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Budiman Utomo diasaskan pada 20 Mei 1908. Pengasas Budiman Utomo seorang doktor pesara kerajaan yang berasa bahawa para golongan cerdik pandai tempatan seharusnya memperbaiki keadaan orang ramai dari segi pendidikan dan kebudayaan.[1] Persatuan ini mengadakan kongres pertamanya pada bulan Mei 1908.[2] Kongres merupakan penghimpunan para penuntut di Betawi. Ketua pertama persatuan ini ialah Dr Wahidin Soedirohoesodo, tetapi beliau mengundurkan diri pada penghimpunan besar pertama persatuan di Jogjakarta pada bulan Oktober 1908, untuk memberi laluan kepada golongan lebih muda.
Pihak Belanda bersikap toleran terhadap kebangkitan dan pembangunan kebangsaan Indonesia. Budi Utomo tidak memiliki tarikan besar-besaran dan Belanda menganggap kegiatan-kegiatan nasionalisme pada dekad pertama abad ke-20 sebagai hasil biasa Dasar Etika yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat biasa.
Keahlian Budi Utomo terdiri daripada ahli masyarakt berkedudukan tinggi, pegawai kerajaan dan para cendekiawan, yang terbatas pada pulau Jawa dan orang Jawa. Peningkatan tahap pendidikan menjadi tumpuan utama persatuan. Hanya sebilangan kecil cabang persatuan yang mengembangkan kegiatan ke dalam kegiatan komersial dan perindustrian orang tempatan. Tjipto Mangoenkoesoemo, yang kemudiannya akan menjadi pengasas Indische Party (Parti Indo), persatuan yang lebih radikal dan parti politik pertama di Hindia Timur Belanda, mengembangkan skop Budi Utomo untuk merangkumi orang biasa dan juga untuk memperluaskan sayap persatuan kepada kesemua Hindi di luar Jawa.[3] Persatuan mengalami pertumbuhan yang cepat; pada tahun 1910 persatuan memiliki 10,000 orang ahli dalam 40 cabang,[2] dan pada masa yang sama ia juga mendapat pengiktirafan rasmi kerajaan kolonial.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Vickers, Adrian. 2005. A History of Modern Indonesia, Cambridge, UK: Cambridge University Press, p. 73
- ^ a b cf. Vandenbosch (1931).
- ^ Indïes atau Hindi ialah kata popular yang digubal kerajaan Belanda Hindia Timur untuk merujuk kepada penduduk Hindia Timur Belanda.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.