Datu Alun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari DATU ALUN)

Seorang pemimpin Melayu di Tawau yang pernah menjadi ketua masyarakat di sebuah penempatan di Serudong berdekatan dengan Kalabakan sekitar tahun 1890 hingga 1920an.

BERASAL DARI KERABAT DIRAJA[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak kepada Datu Alam Muhammad, kerabat diraja dan penjaga waris kepada Kesultanan Bolongan. Semasa di Tarakan, berlaku suatu peristiwa yang mengakibatkan kekanda Datu Alun ditangkap oleh pihak Belanda. Keadaan ini menjadikan suasana tidak menentu dan memungkinkan keselamatan Datu Alun tidak terjamin sama ada di Tarakan ataupun di Tanah Bolongan sendiri.

BERHIJRAH KE SERUDONG[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1889, Datu Alun bersama kakaknya Datu Basteri dan pengikut-pengikutnya meninggalkan Tanah Bolongan dan berhijrah ke Serudong dan utara Pulau Sebatik. Ketika itu sudah terdapat penempatan bangsa Melayu Tidung di Kalabakan yang juga sebahagian kawasan jajahan Kesultanan Bolongan. Pada mulanya Datu Alun menetap di Tanjong Jawa sebuah tempat di Pulau Sebatik namun tidak berapa lama kemudian, beliau telah membuka penempatan yang lebih sesuai dan strategik untuk beliau dan pengikut-pengikutnya di Serudong di sempadan jajahan British.

BERPENGARUH DI KALABAKAN[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kedudukannya sebagai kerabat diraja Kesultanan Bolongan, Datu Alun telah menjadi seorang yang sangat berpengaruh kepada penduduk di Kalabakan. Kalabakan adalah sebagai daripada tanah pemerintahan Kesultanan Bolongan dan rakyat turut membayar cukai kepada Sultan Bolongan. ( Pada tahun 1891, Habib Sheikh pernah menjadi wakil Sultan Bolongan untuk memungut cukai di Kalabakan manakala pemimpin masyarakat di Kalabakan pada ketika itu ialah Bujong Seripa.)

DIIKTIRAF OLEH BRITISH[sunting | sunting sumber]

Pihak British juga mengiktiraf kedudukan Datu Alun sebagai pemerintah Serudong ini dan mengelarkan beliau sebagai wakil dan kerabat Kesultanan Bolongan. Semasa menjadi pemimpin masyarakat di Serudong, Datu Alun telah menjalinkan yang baik dengan pemerintah British di Tawau. Beliau juga sememangnya hubungan yang rapat dengan Bujong Seripa, pemimpin masyarakat di Kalabakan dan Sarip Ali, pemimpin masyarakat di Tawau.

HANYA TINGGAL KENANGAN[sunting | sunting sumber]

Namun, setelah berpuluh tahun Datu Alun bersama pengikut-pengikutnya membuka penempatan di Serudong dan memakmurkannya akhirnya penempatan tersebut kini tinggal sejarah. Ini berlaku setelah Datu Alun bersama para pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan mahu mangkat di sana. Yang kini kini hanyalah berapa perkuburan lama ( termasuk makam puteri Datu Alun yang bernama Putri Dayang ) yang menjadikan bukti tinggalan sejarah kewujudan pemerintahan Datu Alun di Serudong suatu masa dulu.


RUJUKAN[sunting | sunting sumber]

1) Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication.

2) Buku 'Borneo Under the Sun', tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication: 2005