Penyejatpeluhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Evapotranspirasi)
Jump to navigation Jump to search

Penyejatpeluhan atau evapotranspirasi adalah proses kehilangan air melalui proses sejatan dari permukaan tanah dan oleh transpirasi wap daripada daun tumbuhan. Penyejatan (evaporation) mengambil kira pergerakan air ke udara dari sumber seperti tanah, pintasan kanopi, dan jasad air. Peluhan (transpirasi) pula melibatkan pergerakan air di dalam tumbuhan dan kehilangan air seterusnya sebagai wap melalui stomata dalam daunnya. Penyejatpeluhan atau evapotranspirasi adalah bahagian penting dalam kitaran air. Unsur (seperti pokok) yang menyumbang kepada penyejatpeluhan boleh dipanggil penyejatpeluh.

Asal air transpirasi juga dari tanah. Ia sukar untuk mengukur kehilangan pada kedua-duanya. Faktor klimatik yang memberi kesan kepada penyejatpeluhan, termasuklah sinaran, suhu udara, kelembapan, dan angin, lebih mudah digunakan untuk pengukuran.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Federer, C. A. 1970. Measuring Forest Evapotranspiration—Theory and Problems. USDA Forest Service Research Paper NE-165. USDA, Washington, DC.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]