Gereja Ortodoks Koptik Iskandariah
Gereja Kristian Ortodoks Koptik di Iskandariah, Mesir (bahasa Inggeris: Coptic Orthodox Church of Alexandria; Qibti: Ϯⲉⲕ'ⲕⲗⲏⲥⲓⲁ 'ⲛⲣⲉⲙ'ⲛⲭⲏⲙⲓ 'ⲛⲟⲣⲑⲟⲇⲟⲝⲟⲥ ti.eklyseya en.remenkimi en.orthodoxos, harfiahnya: Gereja Ortodoks Mesir) ialah nama rasmi bagi gereja Kristian terbesar di Mesir. Gereja ini milik keluarga jemaah Kristian Gereja Ortodoks Oriental, yang telah menjadi suatu badan gereja berbeza sejak tertubuhnya Dewan Chalcedon pada 451 M, ketika ia mengambil kedudukan yang berbeza ke atas fahaman Kristiologi dari Gereja Ortodoks Timur dan Barat, yang ketika itu masih lagi bersatu sebagai ajaran Kristian. Perbezaan yang ketara dalam teologi ini yang menyebabkan perpecahan yang masih kuat dikalangan Mazhab Kristian lain adalah terutamanya berkaitan dengan sifat Yesus Kristus. Dasar peraturan Gereja bermula di Mesir, tetapi ia turut diamalkan di negara-negara lain.
Menurut tradisi, Gereja Ortodoks Koptik adalah bermula apabila Jemaat Kristian Iskandariah telah didirikan oleh Santo Markus (Saint Mark) yang dianggap rasul dan Injil bagi pengikut Kristian Koptik di pertengahan abad pertama Masihi (sekitar 42 tahun selepas Masihi). [1] Kepala Imam jemaat yang juga pengintip dari Iskandariah adalah Paus dari Iskandariah (Paul of Alexandria). Manakala Imam kepala Kristian dari seluruh keluarga di Benua Afrika khususnya pada keuskupan Santo Markus, saat ini didominasikan oleh Paus Shenouda III. Sekitar 95% dari penduduk Mesir yang beragama Kristian Koptik merupakan pemilik Gereja Ortodoks Iskandariah, [2] walaupun adanya gereja lain yang menyatakan Patriarchates dan Bapa dari Iskandariah; misalnya seperti:
- Gereja Ortodoks Greek Iskandariah.
- Gereja Katolik Koptik Iskandariah.
- Melkite Katolik Patriarchate dari Antiokhia, Alexandria dan Jerusalem.