Hands up, don't shoot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penada "Hands up!" di Ferguson, Missouri pada Ogos 2014

"Hands up, don't shoot" ("Angkat tangan, jangan tembak") ialah sebuah slogan dan simbol yang digunakan sebagai bentuk bantahan masyarakat tentang penganiayaan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap kaum minoriti, seperti orang berkulit hitam. Tidak sedikit masyarakat yang merasa bahawa isu penganiayaan terhadap kaum minoriti ialah perbuatan yang bertentangan dengan hak asasi manusia bahkan isu ini telah menjadi masalah bersama mengenai permasalahan sistem perundangan yang mengatur mengenai ketidakadilan kaum minoriti.[1]

Alasan penggunaan slogan "Hands up, don't shoot" kerana slogan itu sudah termasuk kdalam aksi (kegiatan yang dapat dilakukan). Serta slogan tersebut memiliki pengertian iaitu keprihatinan masyarakat ketika mereka, kaum minoriti, mengangkat tangan mengaku menyerah kepada polis namun masih menerima tindakan kekerasan.[1]

Selain itu, slogan ini sangat mudah difahami bagi setiap orang. Serta maksud "Hands up", menurut DeRay Mckesson, ialah untuk memberitahu bahawa mereka, kaum minoriti, tidak bersenjata dan mengingatkan polis tentang ketidakadilan mereka.[1]

Banyak masyarakat, baik para penunjuk perasaan, atlet, mahupun kakitangan kongres, yang menggunakan gerakan tersebut di depan umum sebagai solidariti. Bahkan di sebuah restoran Mexico di Brooklyn, terdapat seorang pekerjanya yang mengangkat tangan ketika sembilan pegawai polis memasuki restoran tersebut. Ini dilakukan sebagai bentuk bantahan masyarakat terhadap pihak polis.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Awal permulaan bagi slogan "Hands up, don't shoot" ialah semasa penembakan Michael Brown yang berlaku di Ferguson, Missouri pada 9 Ogos 2014. Kes ini bermula dengan dakwaan Brown mencuri rokok di sebuah kedai dan ketika petugas kedai menangkapnya, Brown membawa kerani kedai itu ke tingkap. Ini dirakamkan di CCTV. Setelah keluar dari kedai, menurut CCTV, Brown berada di dekat stesen minyak. Darren Wilson, seorang pegawai polis, diberitahu mengenai kecurian itu dan segera pergi ke lokasi yang diberitahu. Oleh itu, Wilson menghalang Brown dan rakannya yang sedang berjalan di tengah jalan kerana disyaki mencuri rokok. Menurut beberapa saksi, pergaduhan telah berlaku. Ketika Wilson melepaskan senjatanya, Brown dan rakannya merlarikan diri. Wilson melepaskan tembakan lebih banyak lagi sehingga jumlah luka tembak yang terdapat di Brown ialah enam luka tembakan di kepala dan lengan kanan.[2][3][4]

Menurut beberapa orang yang menyaksikan insiden penembakan yang dilakukan oleh Darren Wilson, mereka menyatakan bahawa sebelum kematiannya, Brown mengucapkan ayat "Don't Shoot" dan mengangkat tangannya untuk menyerah.[5] Kerana isu inilah slogan "Hands up, don't shoot" menjadi terkenal dan banyak masyarakat yang menggunakannya untuk memerangi ketidakadilan terhadap kaum minoriti khususnya orang berkulit hitam.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Dari siasatan yang dijalankan, keadilan menyatakan bahawa penembakan yang dilakukan oleh Darren Wilson terhadap Michael Brown ialah bentuk pertahanan. Sebelum terjadinya penembakan, terdapat pertengkaran fizikal antara Wilson dan Brown yang dilakukan di SUV petugas. Lalu Wilson melepaskan tembakan pertama dari kenderaannya dan melakukan lebih banyak tembakan lagi. Ini dilakukan kerana Wilson takut terhadap Brown.[6] Pada 29 November 2014, Wilson meninggalkan Polis Ferguson.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d CNN, Emanuella Grinberg. "Why 'hands up, don't shoot' still resonates". CNN. Dicapai pada 2020-06-21.
  2. ^ "Profile: Michael Brown". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2014-11-26. Dicapai pada 2020-06-21.
  3. ^ a b "Timeline of events in shooting of Michael Brown in Ferguson". AP NEWS. 2019-08-08. Dicapai pada 2020-06-21.
  4. ^ "Timeline of Michael Brown shooting". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2014-08-15. Dicapai pada 2020-06-21.
  5. ^ Washingtonpost; Ye Hee Lee, Michelle; politicsEmailEmailBioBioFollowFollowReporter, influence in. "'Hands up, don't shoot' did not happen in Ferguson". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-21.
  6. ^ Lopez, German (2019-08-12). "Elizabeth Warren and Kamala Harris's controversial Michael Brown tweets, explained". Vox (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Dorian Johnson recalling the shooting (CBC News)
  • Department of Justice Report (pdf)
  • Video of demonstrators chanting "Hands Up, Don't Shoot" on Monday, August 11, 2014. (Twitter)