Himitsu Sentai Goranger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Himitsu Sentai Goranger
Goranger250px.png
Logo untuk Himitsu Sentai Goranger
Genre Tokusatsu
Pencipta Toei
Shotaro Ishinomori
Ditulis oleh Shōzō Uehara
Susumu Takahisa
Hikaru Arai
Hirohisa Soda
Kimio Hirayama
Keisuke Fujikawa
Pengarah Kōichi Takemoto
Minoru Yamada
Katsuhito Taguchi
Hidetoshi Kitamura
Michio Konishi
Dibintangi Naoya Makoto
Hiroshi Miyauchi
Baku Hatakeyama
Lisa Komaki
Yukio Itō
Jirō Daruma
Pencerita suara latar Nobuo Tanaka
Tōru Ōhira
Lagu pembukaan "Susume! Gorenger" oleh Isao Sasaki dan Mitsuko Horie
Lagu penutup "Himitsu Sentai Gorenger" oleh Isao Sasaki
"Mi Yo!! Gorenger" oleh Isao Sasaki, Koorogi '73 & Wilbees
Komposer Michiaki Watanabe
Negara asal Jepun
Bilangan episod 84
Penerbitan
Penerbit Takafumi Hagino
Tōru Hirayama
Michihisa Yanagisawa
Susumu Yoshikawa
Tempoh siaran 30 minit
Penyiaran
Saluran asal TV Asahi
Siaran asal April 5, 1975 – March 26, 1977
Kronologi
Diikuti oleh J.A.K.Q. Dengekitai

Himitsu Sentai Goranger (秘密戦隊ゴレンジャー Himitsu Sentai Gorenjā?, Pasukan Rahsia Goranger) adalah siri Tokusatsu adiwira Jepun yang direka oleh Shotaro Ishinomori. Goranger merupakan siri pertama untuk siri panjang Super Sentai di dalam program Tokusatsu. Ianya disiarkan di saluran NET (sekarang dikenali TV Asahi) dari 6 April 1975 hingga 26 Mac 1977. Siri ini mempunyai 84 episod dan merupakan siri Super Sentai dengan episod yang paling banyak. Toei memberikan tajuknya sebagai (Five Stars).

Sebagai Super Sentai[sunting | sunting sumber]

Nama "Super Sentai" sebenarnya berasal dari siri Battle Fever J pada tahun 1979. Goranger dan J.A.K.Q sebenarnya tidak disenaraikan sebagai Super Sentai kerana pada episod 1 Turboranger, Battle Fever J dianggap sebagai Super Sentai pertama. Sehinggalah pada tahun 1995 (Chouriki Sentai Ohranger) Goranger dan J.A.K.Q disenarai sebagai Super Sentai yang terawal.

Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

Apabila dunia diancam oleh sebuah organisasi pengganas yang dikenali sebagai Black Cross Army telah muncul, sebuah organisasi rahsia EAGLE telah ditubuhkan untuk menghalang ancaman itu. Apabila Black Cross Army berasa terancam dengan pertubuhan itu, mereka telah melancarkan serangan mengejut ke atas pertubuhan EAGLE.

Di seluruh Jepun, Black Cross Army telah menghantar lima pegawai tingginya untuk memusnahkan cawangan-cawangan pertubuhan EAGLE, membunuh kesemuanya kecuali lima orang ejen yang terselamat. Ejen-ejen itu telah dipanggil untuk ke kedai snek "Gon" oleh Edogawa Gonpachi, Komander Pertubuhan EAGLE dan membawa ejen-ejen tersebut ke pusat kawalan bawah tanah di kedai snek tersebut. Kelima-lima ejen itu telah terpilih untuk menjadi Pasukan Rahsia Goranger dan mereka merupakan pilihan terakhir yang boleh menyelamatkan bumi menentang Black Cross Army. Mereka telah diberikan sut yang mempunyai kekuatan dan kelajuan luar biasa dan berjanji untuk memusnahkan Black Cros Army selamanya.

Watak Protagonis[sunting | sunting sumber]

EAGLE[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan EAGLE International Secret Defense Organization EAGLE (国際秘密防衛機構イーグル Kokusai Himitsu Bōei Kikō Īguru?, Organisasi Pertahanan Rahsia Antarabangsa EAGLE) ialah sebuah pertubuhan yang ditugaskan untuk menentang Black Cross Army