J'accuse...!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halaman depan L'Aurore tanggal 13 Januari 1898.

J'accuse...! ("Saya gugat/tuduh/dakwa...!") merupakan judul sepucuk yang ditulis oleh Émile Zola pada tahun 1898 di Perancis; ia dialamatkan kepada Presiden Félix François Faure di mana Zola menempelak serta mendakwa bahawa pemerintahan beliau menaruh perasaan benci tinggi ke atas warganegara yang beragama Yahudi berikutan penganiayaan dan ketidakadilan dilakukan ke atas Alfred Dreyfus, seorang askar berketurunan sedemikian saat Perancis dalam situasi berperang dengan Prusia.

Kedudukan Zola yang sangat masyhur menjadikan tindakan beliau seakan suatu tamparan kepada orang ramai, lagi-lagi dalam kalangan pegawai Republik Katolik Rom yang masih berprasangka ke atas Dreyfus; Zola kemudian didakwa pihak Republik atas tuduhan fitnah (sepertimana yang dirancang beliau) sehingga dijatuhkan hukuman penjara, namun beliau sempat melarikan diri ke Great Britain selama setahun untuk mengelakkan tindakan ini.