Jinchūriki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jinchuriki)
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Jinchuriki.jpg
Sembilan orang Jinchūriki dunia Naruto

Jinchūriki (人柱力; "Kuasa Korban Manusia") ialah perumah manusia yang digunakan sebagai tempat menyimpan kuasa-kuasa biju. Lazimnya, mereka ini mempunyai kuasa yang berlainan dan lebih kuat berbanding ninja-ninja yang biasa. Adakalanya, dalam sesetengah kes, mereka ini ternyata lebih berkuasa berbanding bijū yang mereka miliki oleh kerana mereka mampu mengawal kuasa bijū yang mereka miliki.

Sebagai tambahan, sekiranya sesuatu bijū itu dibiarkan berkeliaran terlalu lama tanpa mempunyai sebarang perumah, ia boleh kehilangan daya kepintaran dan membuat keputusan menjadikan ia hanya sekadar seekor haiwan gergasi tidak berakal.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Selalunya jinchūriki ini memiliki sedikit persamaan fizikal (contohnya; Naruto Uzumaki memiliki tiga jalur di kedua-dua belah pipinya yang menyerupai bentuk misai dan Gaara yang memiliki bentuk lingkaran hitam di sekeliling matanya) dan kadangkala sifat yang terdapat pada bijū mereka juga boleh bersatu dengan perwatakan mereka sendiri.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Menurut organisasi Akatsuki, kebanyakan manusia yang menjadi jinchūriki ini hidup bersendirian dan tidak diendahkan oleh penduduk kampung mereka. Ini dibuktikan dengan dua bijū yang pertama yang telah mereka tangkap di mana terdapat hanya sedikit masalah ditimbulkan oleh kampung ninja mereka dan mereka seperti tidak mengendahkan nasib yang menimpa jinchūriki tersebut. Bijū-bijū tersebut bertindak sebagai suatu perlindungan kepada jinchūriki mereka dengan satu alasan yang kuat; sekiranya hos yang menjadi perumah kepada mereka mati, maka bijū tersebut juga akan mati. Namun, sebaliknya juga boleh berlaku; jika bijū yang terdapat di dalam badan seseorang jinchūriki dikeluarkan, maka jinchūriki tersebut akan mati juga.

Kesan kepada mental[sunting | sunting sumber]

Terdapat teori yang mengatakan bahawa semua jinchūriki memiliki sedikit kesan sampingan kepada mental mereka. Ini diambil daripada kejadian yang berlaku kepada Gaara yang tidak boleh tidur untuk selamanya. Ketika peperiksaan Chunin atau peperiksaan ninja rendah berlangsung, Gaara telah menggunakan teknik "Tidur Paksaan" untuk membenarkan Shukaku mengambil alih kawalan sepenuhnya terhadap tubuh Gaara. Ini adalah kerana Gaara tidak dapat tidur dengan biasa selamanya disebabkan oleh Shukaku. Perkara inilah yang menjadi asas kepada wujudnya teori tersebut; bagaimana sebahagian daripada diri mereka selalu bertarung untuk mengekang kuasa bijū yang terdapat di dalam tubuh mereka.


Jampi ikatan[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, hanya terdapat dua cara sahaja yang diketahui untuk mengunci dan mengurung kuasa bijū ke dalam tubuh manusia; teknik yang digunakan oleh Hokage Keempat iaitu Shiki Fūjin (屍鬼封尽, "Kunci Roh Dewa Maut") yang digunakan untuk mengunci Kyūbi ke dalam badan Naruto dan juga teknik oleh Chiyo gunakan untuk mengunci Shukaku ke dalam badan Gaara. Manakala satu-satunya teknik yang diketahui boleh mengeluar kuasa bijū daripada seseorang perumah ialah teknik yang digunakan oleh Akatsuki; Fūinjutsu: Genryū Kyū Fūjin (封印術・幻龍九封尽, "Kuncian Naga Berkepala Sembilan" ) yang memerlukan masa selama tiga hari berturut melibatkan ke semua anggota Akatsuki untuk mengeluarkan bijū dari badan hos mereka secara paksaan lalu dimasukkan ke dalam tugu khas yang memiliki sembilan mata. Setakat ini, Akatsuki telah berjaya menangkap dan mengunci tujuh daripad sembilan kuasa bijū yang wujud.

Kuasa[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, kebanyakan jinchūriki menunjukkan keupayaan dan kuasa yang besar berbanding mana-mana ninja yang lain. Walaupun begitu, ia masih bergantung kepada apakah jenis bijū yang terdapat di dalam tubuh mereka. Mereka juga mempunyai gaya bertarung yang berbeza, contohnya Yugito Nii mampu mengawal api, Gaara mampu mengawal pasir. Mana-mana jinchūriki yang mempunyai kebolehan mengawal kuasa bijū mereka turut juga berkebolehan untuk berubah kepada bentuk bijū yang mereka miliki. Ini ditunjukkan oleh beberapa versi perubahan oleh empat jinchūriki, namun hanya Kirābi seorang sahaja yang memiliki kebolehan menggunakan kuasa sepenuh dari bijū yang dimilkinya tanpa hilang kewarasan. Contohnya Gaara mampu bertukar kepada bentuk lengkap Shukaku tapi tidak mampu menggunakan kuasa sepenuhnya tanoa hilang kewarasan; Yugito mampu mengawal bijūnya sekadar dalam bentuk mini Nekomata sahaja; dan Naruto Uzumaki pula mampu menggunakan chakra Kyūbi dan memiliki sedikit persamaan kepada ciri-ciri fizikal kecil Kyūbi namun boleh kehilangan kewarasan apabila bertukar kepada bentuk "musang berekor empat". Tetapi, Kirābi turut mengalami situasi yang sama yang dialami naruto ektika bertukar kepada bentuk "musang berekor empat"; Kirābi juga mengalami pengelupasan kulit oleh kerana kesan penggunaan kuasa yang berlebihan.

Jinchūriki yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Gaara

  • Bijū: Shukaku Berekor Satu
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Yugito Nii

  • Bijū: Nekomata Berekor Dua
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Yagura

  • Bijū: Sanbi; Syaitan Berekor Tiga
  • Status: Dikeluarkan tanpa diketahui tujuan, kemudian ditangkap oleh Akatsuki

Rōshi

  • Bijū: Yonbi; Syaitan Berekor Empat
  • Status: Ditangkap oleh [[Akatsuki

Han

  • Bijū: Gobi; Syaitan Berekor Lima
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Utakata

  • Bijū: Rokubi; Syaitan Berekor Enam
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

Fu

  • Bijū: Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh
  • Status: Ditangkap oleh Akatsuki

[[Kirābi/killerbee

  • Bijū: Hachibi; Syaitan Berekor Lapan
  • Status: Aktif

Naruto Uzumaki

  • Bijū: Kyūbi; Musang Syaitan Berekor Sembilan
  • Status: Aktif

Rikudo Sennin

  • Biju: juubi
  • Status: dibahagikan kepada sembilan ekor syaitan berekor

Sora (Pseudo-Jinchūriki) (Animasi sahaja)

  • Bijū: Kyūbi; Musang Syaitan Berekor Sembilan (chakra)
  • Status: Tidak aktif (kesan chakra telah disedut oleh Naruto)

Kesan khas[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan jinchūriki memiliki kesan visual "khas" yang bercirikan bijū yang yang mendiami tubuh mereka. Ia berkebarangkalian ialah kesan visual sama ada kesan seperti bentuk "tatu" pada anggota badan atau kesan pada wajah. Ini berlaku bukan atas kehendak mereka namun kesan sampingan yang dihasilkan oleh bijū yang terdapat di dalam badan mereka.

  • Gaara memiliki kesan lingkaran gelap di sekeliling kelopak matanya seakan-akan yang dimiliki oleh Shukaku. Namun, masih menjadi tanda tanya apabila kesan tersebut masih ada walaupun Shukaku telah dikeluarkan daripada badannya.
  • Yugito Nii's memilki bentuk mata yang kecil dan sedikit runcing seperti bentuk mata seekor kucing, berkemungkinan kesan kepada bijū yang dimilkinya.
  • Jinchūriki kepada Sanbi mempunyai kesan parut jahitan pada mata kirinya dan kesan tersebut berlanjutan sehingga ke bahagian sisi dagunya. Manakala Sanbi pula dilihat hanya mempunyai satu mata sahaja yang terbuka dengan sedikit kesan merah di sekelilingnya.
  • Roshi pula memiliki kesan pada wajahnya yang bermula dari bahagian pipi ke pipi yang lain melintasi bahagian atas hidungnya. Tidak diketahui sama ada ini ialah kesan daripada bijū yang dimililki atau hanya sekadar lukisan yang dibuat olehnya sendiri.
  • Jinchūriki kepada Gobi pula mempunyai bentuk badan yang tegap dan tinggi, berkemungkinan kesan daripda ciri-ciri bijū yang dimilikinya. Dia juga memiliki sebuah perisai yang mampu mengeluarkan asap terletak di belakangnya.
  • Jinchūriki kepada Rokubi memiliki mata yang kecil kelihatan meniup buih daripada buluh yang seakan-akan serunai. Dia juga mempunyai uncang diperbuat daripada buluh tersemat di pinggangnya. Tidak diketahui sama ada ini berkaitan dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh bijūnya.
  • Ninja wanita yang menjadi jinchūriki kepada Nanabi tidak memiliki kesan fizikal yang nyata di wajah atau anggota badannya melainkan memilki sepasang mata yang berwarna keoren-orenan.
  • Kirābī memiliki kesan seperti tatu di bahagian pipi sebelah kirinya yang menyerupai bentuk tanduk kerbau. Bagaimanapun, bijū yang dimilikinya hanya mempunyai satu tanduk sempurna manakal satu taduk lagi dalam keadaan separuh sempurna.
  • Naruto Uzumaki memiliki kesan yang sangat jelas menyerupai bijū yang dimilikinya; iaitu bentuk tiga jalur halus seakan-akan misai di kedua-dua belah pipinya. Kesan tersebut akan berubah menjadi tebal sekiranya Naruto menggunakan kuasa Kyūbi dengan banyak.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Naruto ialah satu-satunya jinchūriki yang masih belum pernah bertukar kepada bentuk lengkap bijūnya (bermungkinan jinchūriki yang lain boleh bertukar kepada bentuk lengkap tetapi masih tidak dapat dibuktikan lagi).
  • Naruto dan Kirābī ialah baki dua jinchūriki yang masih aktif dan belum ditangkap oleh Akatsuki serta masih bernyawa. (Tidak termasuk Gaara yang pernah dihidupkan semula oleh Chiyo walaupun Shukaku telah dikeluarkan daripada tubuhnya)